Rabu, 6 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Naik taraf akses Internet negara

Posted: 05 Jul 2011 05:00 PM PDT

Naik taraf akses Internet negara KUALA LUMPUR - Pelbagai langkah diambil kerajaan bagi menaik taraf kelajuan dan kualiti akses Internet di negara ini agar setanding negara maju.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang berkata, bagi meluaskan liputan Internet di Malaysia, projek menara T3 di bawah Dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) akan menyediakan liputan sehingga 97 peratus di kawasan berpenduduk dan boleh digunakan untuk menambah liputan 3G, jalur lebar mudah alih.

Menjawab soalan Dr Syed Husin Ali pada persidangan Dewan Negara semalam, beliau berkata, setakat ini kadar liputan jalur lebar termasuk 3G adalah 80 peratus di kawasan berpenduduk.

"Pada masa ini, kelajuan akses Internet dari aspek keperluan aplikasi semasa adalah setanding negara serantau seperti China, India dan Filipina," katanya.

Salang berkata, kelajuan jalur lebar pengguna ditawarkan pemberi perkhidmatan adalah antara 384kbps dan 20Mbps, manakala bagi kegunaan perniagaan adalah sehingga 1Gbps.

Menurutnya, antara usaha sedang diambil untuk menaik taraf kelajuan dan kualiti Internet di negara ini, meningkatkan kapasiti dan kualiti teras, rangkaian meningkatkan keupayaan rangkaian antarabangsa termasuk membangunkan infrastruktur baru seperti stesen pendaratan kabel dasar laut.

Menurutnya, kerajaan juga menggalakkan pertukaran trafik Internet dalam negara dengan mewujudkan lebih banyak pusat pertukaran trafik Internet (MyIX) dan menggalakkan pemberi kandungan utama antarabangsa seperti Yahoo dan Facebook meletakkan pelayan laman web mereka di Malaysia bagi mengurangkan pengaliran trafik Internet keluar negara. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tuduh tipu kes pengundi klon tidak wajar

Posted: 05 Jul 2011 05:00 PM PDT

Tuduh tipu kes pengundi klon tidak wajar SHAH ALAM – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yakin tiada seorang pun yang mendaftar sebagai pengundi mempunyai atau menggunakan 12 digit nombor Mykad yang sama walaupun mungkin ada persamaan pada nama.

Timbalan pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar (gambar) berkata, jika terdapat nama sama pada daftar pengundi ia adalah perkara biasa sebab jika hendak mencari nama Ahmad banyak sangat nama itu akan terpampang.

"Siri 12 digit yang tertera pada Mykad setiap warganegara adalah milik seorang individu sahaja. Sekiranya terdapat pengundi klon seperti yang didakwa Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail, kemukakanlah bukti dan kami akan siasat.

"SPR menghargai usaha Ahli Parlimen itu mengesan wujudnya pengundi klon terbabit, tetapi tuduhan SPR melakukan penipuan adalah tidak wajar," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, jika mereka benar-benar yakin adanya pengundi hantu seperti yang didakwa, senaraikan na�ma, nombor Mykad individu yang terlibat dengan segera, SPR akan menyiasat bersama-sama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"Selama ini SPR melakukan daftar pengundi dengan menggunakan satu nama dan satu nombor yang tertera pada Mykad setiap rakyat yang layak mendaftar, mustahil akan terdapat kesilapan sebegitu.

"Jika Yang Berhormat berkenaan menuduh SPR menipu, tuduhan terbabit juga ditujukan kepada JPN kerana SPR mendaftar pengundi menggunakan Mykad sahaja.

"Hantar surat maklum balas secara bertulis seberapa segera untuk kami lakukan siasatan kerana mengikut JPN tidak akan ada orang yang mendapat dua Mykad dan JPN juga akan melakukan siasatan berhubung perkara itu," katanya.

Wan Ahmad berkata, JPN juga bertanggungjawab sekiranya ada individu yang mempunyai dua Mykad dan bukan SPR tersalah daftarkan dua nama sekali gus dapat membantu SPR memastikan ketulenan pengundi terbabit.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved