Sinar Harian :: Suara Cakna Anda |
Siasat laman sosial hina Agong Posted: 06 Jul 2011 05:00 PM PDT Siasat laman sosial hina Agong
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diminta menyiasat beberapa pengguna laman sosial yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berikutan titah khas baginda berhubung isu perhimpunan haram pada 9 Julai. Badan bukan kerajaan 1Agenda mendakwa dua pengguna laman sosial Twitter yang menggunakan nama 'DAPSugu' dan 'AMK Rembau' telah menghina serta memperlekeh kebijaksanaan Tuanku Mizan. Yang Dipertuanya, Zul Azhar Cha, berk ata laporan polis dua hari lalu, kedua-dua pemegang akaun sosial media itu dengan jelas menghina ketua institusi negara kita dan ketua institusi agama. Zul Azhar juga mendakwa terdapat beberapa pengguna laman sosial Facebook dan pengguna blog menerbitkan komen berunsur hasutan serta ugutan berhubung perhimpunan haram itu. Beliau berkata, jika perkara seumpama itu tidak dibanteras, ia boleh menimbulkan kekacauan yang menjurus kepada perpecahan dan mampu menghuru-harakan negara. "Kita sarankan rakyat untuk pandai menilai sebab penulis-penulis blog datang dari pelbagai identiti dan objektif. "Ada niat membina, positif tapi ada juga yang datang untuk memecahbelahkan," katanya, di Bangunan Sultan Abdul Samad di sini, bagi menyerahkan memorandum berkaitan perkara itu kepada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim. Zul Azhar berkata 1Agenda sedia membantu dan bekerjasama dengan SKMM bagi memantau kegiatan yang tidak sihat di laman sosial.- Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Sinar Harian :: Suara Cakna Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan