Ahad, 28 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Bekas pengetua buat laporan polis berhubung dakwaan murtad

Posted: 27 Aug 2011 05:00 PM PDT

Bekas pengetua buat laporan polis berhubung dakwaan murtad

KUALA LUMPUR - Seorang bekas pengetua sekolah membuat laporan polis hari ini berhubung satu laman blog yang mendakwa beliau antara kalangan individu yang 'murtad' kerana menukar agamanya kepada Kristian.

Zainal Ratin Zainal Abidin, 67, membuat laporan itu di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail di sini dengan ditemani anaknya, Zainal Azam, kira-kira 2 petang.

Beliau berkata, perkara itu disedari oleh seorang anaknya yang ketika melayari Internet malam tadi menemui senarai 430 nama individu beragama Islam yang telah bertukar kepada agama lain, antaranya Kristian, Hindu dan Buddha.

"Nama saya ada dalam senarai itu. Ini merupakan satu fitnah yang bagi saya amat besar kerana ia membabitkan diri, akidah dan maruah keluarga saya," katanya kepada pemberita.

Zainal Ratin meminta pihak yang bertanggungjawab, termasuk polis, membuat siasatan terperinci kerana ia melibatkan bilangan umat Islam yang ramai.- Bernama

Pengawal keselamatan maut ditikam di PPR Taman Wahyu, Jinjang

Posted: 27 Aug 2011 05:00 PM PDT

Pengawal keselamatan maut ditikam di PPR Taman Wahyu, Jinjang

KUALA LUMPUR - Seorang pengawal keselamatan maut akibat ditikam dalam satu kejadian pecah kereta di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Wahyu, Jinjang di sini, awal hari ini.

Ketua Polis Sentul ACP Zakaria Pagan berkata kejadian kira-kira 3.15 pagi itu bermula apabila mangsa Shariff Din, 47, menghalang dua lelaki daripada memecah sebuah kereta proton Iswara milik rakan mangsa.

"Sebelum itu, isteri mangsa ternampak dua lelaki dalam keadaan mencurigakan di tempat letak kereta dari tingkat lapan rumah mereka, dan meminta mangsa turun memeriksa keadaan di situ.

"Mangsa turun ke kawasan parkir dan ternampak seorang lelaki cuba mengumpil sebuah kereta sebelum cuba menangkap seorang daripada suspek," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Zakaria berkata ekoran itu, mangsa ditikam dipercayai menggunakan pisau oleh rakan suspek (suspek kedua).- Bernama

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved