Ahad, 28 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Risda agih dividen kepada 3,454 peserta RTBB dan TSK di Terengganu

Posted: 27 Aug 2011 05:00 PM PDT

Risda agih dividen kepada 3,454 peserta RTBB dan TSK di Terengganu

KUALA TERENGGANU - Risda Terengganu mengeluarkan keuntungan terkumpul sebanyak RM20.32 juta untuk diagihkan kepada peserta Rancangan Tanam Baru Berkelompok (RTBB) dan Tanam Semula Komersil (TSK) di negeri itu.

Ketua Pengarah Risda Datuk Wan Mohamad Zuki Mohamad berkata, pengagihan itu melibatkan 3,454 peserta RTBB dan TSK dengan setaip peserta memperoleh antara RM1,300 dan RM6,500 mengikut keluasan tanah yang diusahakan Risda.

"Pada tahun ini, dividen yang dibayar agak lumayan...ini bermakna objektif kerajaan dan agensi dalam usaha untuk melahirkan pekebun kecil yang sejahtera dan lestari telah mencapai sasarannya," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian keuntungan terkumpul kepada peserta RTBB dan TSK oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said di sini hari ini.

Risda mengeluarkan dividen sebanyak RM179 juta untuk diagihkan kepada peserta di seluruh negara tahun ini dan pemberian dividen kepada peserta di Terengganu tahun ini merupakan yang terakhir.

Wan Mohamad Zuki berkata Risda akan mengadakan program pembajaan kepada pekebun di seluruh negara selepas hari raya puasa ini.

Katanya, setiap tahun kerajaan memperuntukan RM100 juta bagi menyediakan baja kepada pekebun untuk meningkatkan kualiti hasil tanaman mereka dan dapat membantu meningkatkan pendapatan pekebun.

"Kita buat program ini untuk beri terus kepada pekebun dan kita juga akan mengajar peserta cara-cara membaja yang betul.

"Agak mengecewakan jika sekiranya peruntukan baja yang besar itu tidak sampai ke sasaran atau berlalu ketirisan. Kita jangka selepas 10 bulan atau 12 bulan dibaja, pokok dapat mengeluarkan hasil berganda," katanya.- Bernama

Isteri disimbah asid, suami dicampak tepi jalan selepas disamun

Posted: 27 Aug 2011 05:00 PM PDT

Isteri disimbah asid, suami dicampak tepi jalan selepas disamun

ALOR SETAR - Seorang wanita melecur kira-kira 20 peratus pada bahagian muka, leher, mata dan dada akibat disimbah asid oleh dua lelaki dalam kejadian samun di Guar Chempedak dekat Yan malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 11 malam apabila kereta Proton Waja yang dinaiki Rosnani Husin, 53, bersama suaminya dipercayai ditahan oleh dua lelaki yang tidak dikenali di sebuah stesen minyak di Kota Sarang Semut dekat sini.

Katanya dua lelaki terbabit berpura-pura mahu menumpang kereta mangsa disebabkan kereta mereka kehabisan minyak dan suami mangsa bersetuju menumpangkan kedua-dua suspek menuju ke Jalan Baru melalui Jalan Permatang Buluh, Kota Sarang Semut.

"Ketika dalam perjalanan suspek, dikatakan mengacu pisau kepada kedua-dua mangsa dan mengikat kaki dan tangan suami mangsa sebelum mencampakkannya di tepi jalan di Jalan Baru, Bukit Besar.

"Kira-kira 50 kilometer dari tempat suami mangsa dicampak, suspek memberhentikan kereta (berdekatan Guar Chempedak) lalu menyimbah asid ke muka mangsa sebelum beredar dari tempat kejadian," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Suami mangsa dijumpai oleh orang awam dalam keadaan kaki dan tangan berikat manakala mangsa dan kereta yang ditinggalkan ditemui Polis Guar Chempedak.

Jumlah kerugian yang dialami pasangan suami isteri tersebut belum dikenal pasti.

Adzaman berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu samun berkawan dengan mendatangkan kecederaan.

Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk menerima rawatan.

Pengarah HSB Dr Juita Ghazali ketika dihubungi berkata, mangsa dirawat di Unit Rawatan Kebakaran dan dalam keadaan stabil.

Mangsa terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan kerana menghadapi masalah paru-paru disebabkan terhidu asid yang terkena padanya.

Suami mangsa ketika ditemui pemberita di HSB enggan ditemuramah kerana masih trauma dengan kejadian yang menimpa isterinya itu.- Bernama

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved