Ahad, 28 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Haji bakhil, bilionwan kedekut

Posted: 27 Aug 2011 05:00 PM PDT

Subuh Selasa saya menunaikan solat berjemaah di Masjid Langgar Kota Bharu, di belakang Sekolah Melayu Langgar dan di depan hotel tempat saya menginap, Renaissance. Antara permulaan isi tazkirah adalah cerita Haji Bakhil bin Lebai Kedekut. Memang tepat kisah ibarat (sebenarnya cerita ini bukan cerita dongeng dalam masyarakat Islam-Melayu) itu diketengahkan sempena sepuluh hari akhir Ramadhan Mubarak.

Tidak muak mendengar anekdot demikian. Apa yang dikata oleh pensyarah itu memang betul atau kata Speaking, common Sewajarnya musim ini orang Islam-Melayu murah hati, tidak boros keterlaluan; tidak juga lokek. Bacalah Surah Takathur!

Pada hal Muslims digalakkan murah hati, memberi bantuan – benda, kewangan dan minda dan bayar zakat kepada yang memerlukan dan wajib menerima. Terang Speaking, 'one must have a generous mind, spirit'.

Yakni fikiran, semangat terbuka bahkan tidak sekadar itu sahaja harus pula mengembangkan ilmu pengetahuan, kepandaian yang boleh memanfaatkan ummah. Ramai tidak melakukannya. Amat menakjubkan!

Sabda Rasullah SAW apa pun niat seseorang yang menghulur pertolongan, derma sedekah dan kuih muih itu mestilah baik – tiada udang di sebalik batu! Tidak kerana faedah politik dan untuk publisiti; bukan kerana meraih sokongan dalam pilihan raya kecil atau umum; pemilihan parti atau untuk dipuji dan puja.

Majoriti pengundi di Kelantan ada dua petua dalam mengekalkan harga dan kehormatan diri, martabat diri (self-esteem): Satu tolak bantuan yang nyata dan terang ada agenda politik; kedua terima (mereka tidak memohon) tetapi tetap pilih/pangkah calon dan parti yang disukai atau dilihat lebih Islamik, nasionalis, telus, adil dan tidak dicemari rasuah secara keterlaluan.

Tegas Baginda Rasul: 'tiga jenis manusia yang memarakkan api neraka. Pertama seorang yang menjadi hafiz semata-mata kerana mahu namanya atau dirinya dipuji dan dipandang tinggi; tegas Speaking, 'to show off what he has attained – bergelar al-hafiz'.

Kedua seorang yang berjihad (mati syahid) melakukan demikian kerana megah mahu menunjuk keberaniannya bukan kerana Allah SWT. Ketiga seorang kaya yang ghairah berbelanja kerana ia mahu dikenali sebagai seorang hartawan bukan kerana Allah SWT, tetapi semata-mata kerana ingin menonjol dirinya melalui aktivitinya yang didendangkan olehnya via media. Dari riwayat Tarmizi.

Pada perspektif saya, mengikut hadis sahih ini, ramai group yang ketiga bakal jadi calon neraka. Sedih! Ramai orang hidup penuh dengan segala penderitaan, kemiskinan, bencana, penyakit di dunia pun bagai apa yang disebut neraka dunia.

Tidak ramai yang menikmati syurga dunia – mereka golongan minoriti dalam semua negara. Waktu budak-budak saya pernah menonton filem 'Racun Dunia' dan kalau saya tidak silap bintang utamanya ialah Siput Sarawak, ibu Anita Sarawak.

Kita semua tahu apa syurga dunia apa lah lagi zaman sekarang: penuh kenikmatan, hiburan, kebahagiaan dan kesenangan. Kita tidak boleh membandingkan golongan minoriti ini dengan mereka yang benar-benar patuh dan taat kepada tuntutan Allah SWT semasa mereka di dunia. Mereka yang taat mengikut perintah Allah SWT dengan jujur dan khusyuk menduduki syurga Jannah.

Tahun ini saya tidak berbuka puasa bersama saudara mara, sahabat handai – lama dan baru, dekat dan jauh - di kampung seperti biasa sebaliknya saya akan balik berkorban di kampung. Saya hanya sempat ke kampung menunaikan fardhu Zohor Rabu lalu untuk berbincang dengan beberapa pegawai dua madrasah di kampung.

Mengikut tradisi semenjak berhijrah ke Kuala Lumpur tahun 1956, saya berhari raya di Kuala Lumpur kecuali semasa bermastautin di seberang laut, lima tahun di Kamunting Perak waktu saya menjadi TAPOL (tahanan politik Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1976-1981). Selain dari Kuala Lumpur, seberang laut (AS, UK) saya lebih lama tinggal di Perak dari Kelantan, negeri kelahiran saya. Di Kelantan 1937-1947; Perak: MCKK 1948-1954, Kamunting 1976-1981.

Dalam usia 74 tahun, saya naik, jatuh, naik, jatuh, naik, jatuh. Sekarang kata Speaking saya 'in limbo' yakni dalam keadaan terawang-awang! Namun begitu saya bersyukur. Sungguh pun prasangka terhadap saya terus wujud dalam kalangan musuh dan mereka yang irihati saya bahagia, sihat walafiat, cukup rezeki.

Baiknya dalam perjalanan hidup ini saya telah memulai dengan jujur menghargai sifat-sifat mulia dan mengenali mereka yang hipokrit, berpura-pura, fair-weather friends; musuh dalam kain selimut.

Sungguh pun orang menganiayai, menipu, memfitnah dan meminggirkan saya Allah SWT mendorongkan saya memaafkan mereka. Hanya manusia luar biasa seperti Nelson Mandela boleh memaafkan musuh. Manusia biasa, seperti saya, mungkin boleh memaafkan mereka tapi mana bisa lupakan perbuatan durjana dan terkutuk mereka?

Ada juga orang kerana dendam kepada mereka yang merosakkan kehidupannya terganggu; sedih, dia hanya akan bebas dan merdeka dari kemarahan dendam yang mengacau perasaan hanya apabila dia dapat membalas dendam (atau orang itu jadi mangsa pihak lain pula).

Saya tidak akan menyeksa, mengsengsara dan mengazabkan diri saya untuk menyenangkan dan menyukakan tormentors saya (penyebab berlakunya). Aktor atau tormentors saya yang utama tiada lagi di dunia, ada beberapa pembantu mereka masih hidup; ada pemfitnah dan pemimpin yang membuat keputusan terburu-buru tanpa mendengar kedua belah pihak kerana (political expediency, meraih untung politik) masih bernafas.

Nasihat dan wasiat Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj kepada saya sebelum dia kembali ke rahmatullah – walaupun pada mulanya Almarhum murka kepada saya sebab saya 'orang kuat' Tun Razak, kami berdamai - ialah: 'Dollah, the greatest revenge is for you to outlive your enemies and flourish'.

Saya perturunkan dalam bahasa asal nasihat Tunku untuk faedah non-Speaking – sebaik menuntut bela ialah panjang umur, tindakan keji dan kotor mereka itu tidak menyekat awak berkembang, berjaya dan makmur.

Saya terus mencuba dan amat bersyukur kepada Allah SWT. Seperti digesa oleh Tunku saya sedikit sebanyak berjaya. Alhamdulillah.

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin.

Rima akhir dalam pantun

Posted: 27 Aug 2011 05:00 PM PDT

Seorang pelajar memberitahu saya masalah penciptaan pantun dan syair baginya bertolak daripada masalah mendapatkan kata-kata berima akhir. Dia begitu hairan, dimanakah pemantun dapat menghasilkan empat baris pantun dalam jangka masa singkat.

Dalam pertandingan berbalas pantun, masa yang diperuntukkan bagi seseorang membeli(menjawab) pantun ialah seminit sahaja. Perhatikan pantun yangbercorak soalan (pantun jual) dibawah ini:

Anak teruna menahan pukat, Dapat seekor ikan merah; Apa guna duduk berdekat,Kalau mata ke lain arah? Rima akhir pantun di atas terletak pada pemilihan katakata "pukat', "merah', "dekat" dan "arah".

Tidaklah terlalu sukar mendapatkan kata-kata di atas jika kita mempunyai perbendaharaan kata berima yang cukup, dan tahu membina baris dengan cepat.

Dalam tulisan yang lepas, saya menyebutkan bahawa setiap baris ialah senafa sederhana. Kita tidak perlu memikirkan lapan atau dua belas suku kata.

Untuk menjawab soalan pantun di atas, pertama kita fikirkan jawapan biasa, iaitu jawapan tidak bersifat pantun.

Apa gunanya kita duduk berdekat-dekatan dengan seseorang jika tidak memberikan perhatian terhadapnya? Seseorang berfikiran kreatif akan dapat menjawab soalan itu hingga menimbulkan kejutan dan kesegaran:

Buah langsat buah pauh, Jatuh menghempap jemuran kain; Duduk dekat hati jauh, Itulah sebab tengok ke lain.

Perhatikan kata-kata berima "pauh", "kain", "jauh" dan "lain". Jika rima akhir yang kita ambil kira dalam bicara ini, maka kita mendapat lapan perkataan untuk dua rangkap pantun. Kata-kata itu ialah "pukat", "merah", "dekat", "arah", "pauh", "kain", "jauh" dan "lain".

Adakah anda masih memikirkan pencarian kata-kata berima adalah sukar dilaksanakan? Sekarang kita pergi kepada syair.

Rima untuk syair ialah aaaa, iaitu keempat-empat patah perkataan berima sama. Rangkap syair tidak ada pembayang maksud, sebaliknya keempat-empat baris adalah maksud belaka. Inilah contohnya:

Aduhai jelita adinda puteri Wajah yang cantik lagi berseri Adapun tujuan kekanda ke mari Hendak bertemu adinda sendiri. Perhatikan kata-kata berima puteri", "berseri", "ke mari", "sendiri" . Sekali lagi saya bertanya: Adakah sukar untuk kita mencari kata-kata berima sedemikian? Jawapannya samalah juga dengan jawapan untuk persoalan penciptaan pantun.

Walaupun terdapat syarat - syarat lain untuk seseorang mencipta pantun dan syair yang baik, syarat sedang kita bicarakan inilah yang utama. Pantun dan syair tidak akan sempurna jika syarat rima akhir tidak dipenuhi.

Sasterawan Negara Prof Muhammad Haji Salleh, satu - satunya sarjana berfikir dengan amat serius tentang rima dalam bahasa Melayu. Muhammad mengumpulkan kata-kata berima sehingga beribu-ribu patah, dan akan dikemukakannya kepada khalayak untuk menjadi pedoman penciptaan pantun dan syair.

Hasil pembacaan himpunan kata-kata berima yang diusahakan beliau, saya memperoleh keyakinan bahawa sesetengah kata tidak mempunyai padanan yang banyak.

Sebagai contoh, pasangan untuk "kain" ialah "lain". Dua patah kata itu adalah akrab dari segi bunyi. Kata - kata seterusnya tidak harmonis, misalnya "main" dan "Zulkarnain".

Bunyi "kain" tidak bersifat nasal, manakala bunyi "main" mengalami nasalisasi. Nama "Zulkarnain" memanglah boleh digunakan, tetapi selalunya kita memilih nama orang sebagai pilihan terakhir untuk pemunculan rima.

Sesiapa yang ingin menghasilkan pantun dan syair dengan jayanya, dia hendaklah rajin mencari kata-kata berima, dan menghafalnya. Jika pencarian kata - kata berima itu dirasai sukar, maka kamus akan dapat memberikan bantuan.

Berusahalah mengasingkan kata-kata berima hingga anda akan memiliki beratus- ratus kata yang dapat dipadankan. Serentak dengan itu, berlatihlah membina baris-baris yang mengikut syarat pantun atau syair.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved