Sinar Harian :: Suara Cakna Anda |
Lebuhraya Latar bebas tol sebulan Posted: 02 Aug 2011 05:00 PM PDT Lebuhraya Latar bebas tol sebulan
Pengguna jalan raya ada masa sebulan untuk menggunakan Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Latar) tanpa tol, yang berakhir pada 31 Ogos ini.
Lebuh raya itu diuruskan Kuala Lumpur Selangor Expressways Bhd (KLSEB). Ketua Pegawai Eksekutif KLSEB, Amran Amir berkata, pengguna yang tinggal berdekatan lebuh raya seharusnya mengambil kesempatan ini untuk menikmati berbuka puasa dengan keluarga serta merancang lebih awal untuk perjalanan cuti balik kampung menggunakan lebug raya berkenaan. "Bagi menambah semangat Ramadan, syarikat juga memberikan kurma dan air mineral kepada pengguna antara jam 6 dan 7 petang setiap hari," katanya dalam satu kenyataan. Lebuh raya sepanjang 33 kilometer itu dibina membabitkan kos RM958 juta bagi menghubungkan Kuala Selangor; Assam Jawa; Ijok; Bestari Jaya; Kota Puteri; Puncak Alam; Shah Alam; Bukit Jelutong; Sungai Buloh; Kundang; Rawang; Petaling Jaya; dan Kuala Lumpur. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
Posted: 02 Aug 2011 05:00 PM PDT Ejen insurans bantu pengguna
Penanggung insurans dan pengendali takaful perlu menasihati pengguna mengenai nilai pasaran yang bersesuaian bagi kenderaan bermotor apabila membeli perlindungan insurans motor komprehensif untuk kereta persendirian.
Bank Negara Malaysia (BNM) berkata, langkah baru itu bertujuan menangani isu insurans berlebihan atau terkurang bagi kenderaan bermotor, yang akan menyebabkan pengguna membayar premium lebih tinggi daripada diperlukan atau menerima pampasan lebih rendah apabila membuat tuntutan terhadap polisi insurans. "Berkuat kuasa 1 Ogos 2011, penanggung insurans serta pengendali takaful dan ejen mereka dikehendaki menasihati pengguna mengenai perkara berikut sebelum membeli atau memperbaharui insurans motor mengikut nilai pasaran semasa kereta; pentingnya menginsuranskan kenderaan pada nilai pasaran yang bersesuaian; dan kesan daripada insurans berlebihan atau insurans terkurang apabila tuntutan dibuat," katanya dalam satu kenyataan. Menurut BNM, nasihat kepada pengguna mengenai nilai pasaran semasa perlu berdasarkan Sistem ISM Automobile Business Intelligence (sistem ISM-ABI) atau mana-mana pangkalan data penilaian kenderaan lain yang boleh dipercayai. "Nilai pasaran semasa kenderaan itu akan ditunjukkan dalam notis pembaharuan atau helaian penzahiran produk yang dikeluarkan kepada pengguna," katanya. BNM berkata, bagi memastikan nilai pasaran kenderaan pada ketika insurans diambil, konsisten dengan nilai pasaran kenderaan itu ketika tuntutan dibuat kemudiannya, penanggung insurans dikehendaki merujuk kepada pangkalan data yang sama untuk menentukan nilai pasaran kenderaan. Pangkalan data itu merangkumi sebahagian besar kenderaan milik persendirian bagaimanapun, ia tidak merangkumi kenderaan perdagangan dan motosikal. Menurut BNM, langkah itu menyumbang penentuan nilai pasaran kenderaan motor yang lebih objektif bagi tujuan pembelian insurans motor dan penyelesaian tuntutan. "Ia melengkapi langkah sedia ada yang menggalakkan layanan adil terhadap pengguna, termasuk keperluan untuk penanggung insurans dan ejen mereka menjelaskan kepada pengguna tentang ciri utama sesuatu polisi motor seperti jenis perlindungan, skop perlindungan dan pengecualian, hak dan obligasi kontraktual pengguna serta prosedur tuntutan," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Sinar Harian :: Suara Cakna Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan