SH |
Posted: 02 Aug 2011 05:00 PM PDT Anak diliwat pelajar tahfiz
SUNGAI PETANI – Mengarut dan jiwa setan. Demikian luahan seorang bapa mangsa buli dan liwat terhadap pentadbiran sebuah sekolah agama di daerah Baling yang mendiamkan perbuatan terkutuk pelajarnya.
Bapa murid malang itu berkata, anak lelakinya yang berusia sembilan tahun bukan sahaja dipukul, didera dan dibelasah oleh tiga pelajar 'senior' sekolah terbabit namun turut diliwat setiap hari dalam masa sebulan lebih. Katanya, niatnya menghantar anak ketiga daripada lima beradik itu ke sekolah agama terbabit bertujuan untuk menjadi pelajar cerdik al-Quran tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. "Saya sebak dengan kejadian yang menimpa anak saya ini kerana tindakan tiga pelajar berusia 12 tahun mendera seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun dengan pelbagai cara adalah tidak masuk akal. "Pada mulanya kami sekeluarga memang tidak menyangka anak saya dipukul walaupun difahamkan pihak sekolah terdapat kesan lebam disebabkan alahan tetapi sebaik sahaja disahkan doktor, saya mula rasa tak sedap hati," katanya kepada Sinar Harian. Menurutnya, pada 20 Jun lalu, dia mendaftarkan anaknya ke sekolah terbabit dan kesemua murid perlu melalui minggu orientasi selama 40 hari tanpa dibenarkan pulang atau berjumpa waris. "Namun apabila tiba hari perjumpaan 30 Julai lalu, saya terkejut mendapati separuh mukanya lebam dan bengkak termasuk di bahagian tangan dan kaki selain telinga menjadi hitam, dan darah keluar melalui hidungnya membuatkan saya terus membawanya ke hospital," katanya. Menurutnya, disebabkan kejadian itu, anaknya menjadi pendiam, lemah, mengalami muntah dan trauma sehingga ke hari ini. "Apabila dipujuk baru diceritakan bahawa dia pernah dipukul di bahagian belakang sampai patah kerusi, diterajang, dicekik, disuruh telan tulang cencaru, dipaksa makan nasi dengan banyak dan kemudian ditampar pipi, dan paling teruk dia pernah diliwat," katanya. Menurutnya, pihaknya telah memaklumkan perkara berkenaan kepada pengurusan asrama namun mereka disarankan agar tidak membuat laporan polis dan cuba selesaikan secara aman. Katanya, beliau sendiri pengsan sebaik sahaja mengetahui berita itu dan menjelaskan kepercayaannya kepada sekolah berkenaan sudah tiada. Selain beliau, seorang lagi bapa turut mendedahkan kejadian serupa juga berlaku ke atas anak lelaki kembarnya yang berusia lapan tahun. Mereka juga didera dan dipukul pelajar senior sekolah yang sama. Kedua-dua bapa mangsa ditemui wakil Sinar Harian di rumah saudara mangsa pertama di Sungai Petani. "Saya mula menyedari bahawa kedua-dua anak dipukul sebaik sahaja pihak pengurusan sekolah menghubungi ibu bapa bertanyakan sama ada mereka menghidap penyakit alahan selepas tiga minggu mendaftarkan mereka. "Namun keesokan harinya, pihak sekolah ada menghubungi semula untuk memaklumkan bahawa kedua-duanya akan dibawa menjalani rawatan akibat penyakit tersebut," katanya. Beliau berkata, dia segera ke sekolah bagi melihat sendiri penyakit alahan kerana dihubungi kali ketiga oleh pihak sekolah supaya mengambil mereka berdua akibat penyakit berlanjutan. "Saya juga terkejut apabila doktor mengesahkan kesan lebam di mata kedua-dua anak adalah akibat dipukul," katanya yang terus membuat laporan polis selepas mengetahui kejadian berkenaan. Menurutnya, anaknya pernah dikurung dalam almari sehingga berpeluh, dipukul dengan batang paip, ditampar di bahagian muka dan turut mengalami kesan lebam serta hidung berdarah. Mangsa yang liwat menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani manakala pasangan kembar dirawat di Hospital Kulim. Masing-masing menjalani rawatan selama tiga hari. Beliau berkata, sebagai ibu bapa mereka meminta pihak berkuasa membuat siasatan terperinci ke atas perkara tersebut secepat mungkin dan tindakan sewajarnya perlu dikenakan ke atas tiga murid terlibat serta pengurusan sekolah yang membiarkan perkara itu berlarutan. "Kami juga akan membawa perkara ini ke mahkamah supaya pengadilan sewajarnya diterima pihak berkenaan," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling Superintendan Mat Daud Mat Hassan ketika dihubungi mengesahkan perkara terbabit. Menurutnya, tiga murid yang disyaki terlibat dalam kes berkenaan telah ditahan di bawah Seksyen 377 (a) bagi siasatan lanjut. Bagaimanapun, usaha Sinar Harian mendapatkan reaksi pihak sekolah gagal apabila panggilan tidak berjawab. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan