Rabu, 3 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Dawama bakal berdepan tindakan tegas: Subramaniam

Posted: 02 Aug 2011 05:00 PM PDT

Dawama bakal berdepan tindakan tegas: Subramaniam TAMPIN – Dawama Sdn Bhd dan Cityliner bakal berdepan tindakan tegas sekiranya tindakan syarikat berkenaan memberi cuti tanpa gaji dan memberhentikan pekerja terbukti bertentangan dengan peruntukan undang-undang.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam berkata, beliau telah mengarahkan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTK) untuk menyiasat isu itu kerana ia berkait rapat dengan hak pekerja dan termaktub dalam perundangan.

Menurutnya, pihak kementerian sememangnya ada menerima permohonan dan cadangan daripada pihak majikan yang berdepan masalah seumpama itu namun tidak memberikan sebarang persetujuan kerana tidak selaras dengan dasar kementerian.

"Kami akan siasat perkara ini sebaik mungkin dan sekiranya kedua-dua syarikat terbabit didapati meminggirkan hak pekerja dengan melaksanakan tindakan berkenaan, mereka tidak akan terlepas daripada undang-undang.

"Bagi kes syarikat Cityliner, pemandu bas mereka bukanlah 'salesman' dan tindakan membuang pekerja mereka (pemandu bas) kerana tidak menepati sasaran kutipan sehari adalah tidak wajar," katanya sempena lawatan kerjanya ke Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Regent, Gemencheh, dekat sini, semalam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pegawai imigresen bebas ISA

Posted: 02 Aug 2011 05:00 PM PDT

Pegawai imigresen bebas ISA KAMUNTING – Tiga daripada lapan bekas pegawai Jabatan Imigresen dibebaskan semalam, selepas ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada Oktober tahun lalu manakala lima lagi Jumaat ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein kelmarin mengumumkan bahawa kementerian akan membebaskan lapan pegawai Jabatan Imigresen yang ditahan mengikut ISA secara berperingkat mulai semalam.

Beliau dilaporkan berkata, pembebasan itu dilakukan selepas Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendapati mereka memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis, menunjukkan kesedaran dan keinsafan atas kesilapan yang dilakukan serta berjanji tidak akan mengulanginya.

Sementara itu, salah seorang tahanan tidak dapat menahan sebak dan menangis selepas dibebaskan daripada hukuman ISA semalam.

Menurutnya, hukuman ISA bukanlah satu perkara yang kejam sepertimana yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak.

Beliau menyifatkan ISA adalah satu bentuk pencegahan dan bukannya berbentuk hukuman kerana pengisian sepanjang berada di tempat tahanan itu mengajar tahanan supaya menyedari kesalahan yang mereka lakukan.

"Saya tidak menafikan mempunyai perasaan takut kerana pernah terbaca dalam blog bagaimana tahanan diseksa seperti diberi makanan seperti anjing namun ia adalah sebaliknya.

"Layanan yang diberikan sangat baik malahan tempat tidur yang disediakan cukup selesa. Kakitangan di sini juga sangat baik," katanya ketika ditemui di Tempat Tahanan Perlindungan Taiping, di sini, semalam.

Beliau berkata pelbagai aktiviti yang berfaedah dan menginsafkan dirinya diikuti sepanjang tinggal di pusat tahanan itu.

"Selepas menghadapi dugaan ini, saya berjanji peluang pembebasan ini akan digunakan sepenuhnya untuk menjadi insan yang baik," katanya.

Seorang lagi tahanan yang juga bekas pegawai Jabatan Imigresen berusia lingkungan 30-an itu bersyukur dan berterima kasih kepada Hishammuddin dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Mahmood Adam di atas keprihatinan mereka membebaskannya serta tujuh lagi rakan lain.

"Penahanan ini betul-betul memberi iktibar kepada kami dan saya sendiri sudah insaf dan sedar dengan kesalahan dilakukan dan berjanji tidak akan mengulanginya," katanya yang mahu membina hidup baru bersama keluarga tercinta.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved