Selasa, 16 Ogos 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Felda kota janji, agih duit raya

Posted: 15 Aug 2011 05:00 PM PDT

Felda kota janji, agih duit raya MARAN - Felda hari ini mengotakan janji dalam pemberian duit raya kepada peneroka seluruh negara termasuk 341 peneroka Felda Bukit Tajau yang menerima sumbangan berjumlah RM96,000.

Pengurus Felda Bukit Tajau, Abdul Karim Abdul Rahim berkata, peneroka yang bersama Felda menerima RM400 setiap seorang manakala RM200 bagi peneroka mengusahakan ladang secara sendiri.

Menurutnya, pemberian bersempena Aidilfitri itu bertujuan meringankan beban peneroka dalam penyediaan keperluan menyambut hari lebaran sekali gus membuktikan Felda tidak menghadapi masalah kewangan.

Majlis penyampaian sumbangan disempurnakan Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib.

:Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luit, Datuk Ahmad Munawar Abdul Jalil dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bukit Tajau, Nor Azhar Abd Latif.

Seorang peneroka, Ngah Debok, 90, berkata, duit raya yang diterima itu akan dimanfaatkan sebaik mungkin agar ia turut dinikmati bersama anak-anak dan cucu.

Menurutnya, perubahan dan kemakmuran yang dibuktikan Felda menunjukkan agensi itu memainkan peranan dalam menjaga kebajikan peneroka.

"Saya tidak bersetuju jika ada pihak mendakwa Felda sudah bankrap dan tidak mampu memperjuangkan nasib peneroka.

"Felda berjaya mengeluarkan peneroka dari kemiskinan dan terbukti pada hari ini, kebanyakan peneroka menikmati kehidupan lebih baik," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved