Selasa, 16 Ogos 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

27 Pati tampil buat laporan

Posted: 15 Aug 2011 05:00 PM PDT

27 Pati tampil buat laporan

JOHOR BAHRU – Selepas menyedari ditipu, seramai 27 pendatang asing tanpa izin (Pati) yang menjadi mangsa kad kebal tampil membuat laporan kepada Jabatan Imigresen negeri di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Setia Tropika dekat sini, semalam.

Kesemua mereka yang kebanyakannya warganegara Indonesia membuat laporan tersebut selepas pendedahan mengenai kegiatan sindiket tersebut didedahkan di Sinar Harian baru-baru ini.

Ketua Bahagian Penguat Kuasa Imigresen negeri, Masri Adul berkata, rata-rata Pati yang membuat kad tersebut tidak mengetahui bahawa kad tersebut tidak pernah dikeluarkan oleh mana-mana jabatan kerajaan di negara ini.

"Kita telah mengambil keterangan daripada kesemua Pati ini dan ia akan dijadikan bukti untuk mendakwa suspek di mahkamah nanti.

"Setakat ini, wanita berusia 50-an yang juga pemilik syarikat yang diserbu baru-baru ini masih ditahan bagi membantu siasatan," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kementerian Dalam Negeri di Setia Tropika di sini, semalam.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan penahanan seorang wanita berusia 50-an yang merupakan pemilik sebuah syarikat di Bangunan Profesional, Jalan Syed Mufti di sini Jumaat lalu.

Pemeriksaan mendapati syarikat berkenaan menjalankan proses pendaftaran pekerja asing melalui program 6P secara sah tetapi pada masa sama mengeksploitasi warga asing dengan menawarkan keahlian kad kebal dengan harga antara RM1,000 hingga RM3,000.

Pati yang memiliki kad berkenaan dikatakan kebal daripada sebarang tindakan undang-undang.

Masri berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan sindiket tersebut telah beroperasi sebelum program 6P dilaksanakan dan meminta pendatang asing yang menjadi mangsa agar tampil bagi membantu siasatan.

Sementara itu, seorang warga Indonesia, Muhammad Adi, 29, berkata, dia mengeluarkan wang sebanyak RM1,200 untuk mendapatkan Kad Bakti tersebut pada 30 Jun lalu setelah diajak oleh rakannya yang telah memiliki kad berkenaan.

"Pada mulanya saya tak syak apa-apa kerana syarikat berkenaan turut menguruskan program 6P tetapi terkejut setelah pendedahan yang dilakukan oleh media baru-baru ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved