Selasa, 30 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Bercakap benar walau dikecam

Posted: 29 Aug 2011 05:00 PM PDT

Bercakap benar walau dikecam MODERATOR: Kadang-kadang orang awam ini mempunyai persepsi yang salah, kadang- kadang ianya dimainkan oleh media mengenai peranan ulama dan pemerintah ini. Antaranya, pembangkang memainkan isu berhubung dengan pandangan Tan Sri kepada mereka yang hadir ke upacara pengebumian salah seorang bukan Islam yang seakan- akan melakukan upacara berkenaan. Kemudian selepas itu, media memainkan satu isu iaitu isu tentang ancak membabitkan menteri besar. Apabila ditanya mengenai hal ini, Tan Sri berkata, berikan tempoh untuk melihat apa yang berlaku dulu. Sedangkan ada pihak mengatakan, apabila membabitkan pembangkang, fatwa akan terus dikeluarkan tetapi apabila membabitkan Umno, fatwa itu ditangguhkan sehingga penjelasan diberikan. Mungkin Tan Sri ada pandangan mengenai peranan ulama dalam politik.

HARUSSANI: Soal ancak saya sudah jawab sebelum ini di mana ia adalah khurafat yang boleh merosakkan akidah, tetapi persoalannya betulkah Menteri Besar buat ancak itu perkara yang tidak baik. Tetapi membabitkan bekas menteri besar itu sungguh melampau. Di dalam televisyen juga memperlihatkan beliau memakai pakaian hitam dan memegang lilin untuk upacara pengebumian. Jadi, saya mengatakan perkara ini tidak boleh kerana mengikut perbuatan agama lain.

Mengenai pelaksanaan hukum hudud, apakah peranan ulama Umno untuk memberikan penerangan kepada masyarakat.

FATHUL BARI: Dalam dakwah, ada keutamaan dan strategi yang perlu diutamakan. Pada hari ini kita mengambil remeh terhadap isu syahadah sedangkan Nabi Muhammad SAW pernah bersabda (bermaksud) perkara utama yang perlu diseru ialah syahadah.

Kesan daripada mengambil remeh isu ini memberi kesan kepada amalan itu sendiri. Kalau kita tidak berjaya menegakkan isu akidah, bagaimana kita hendak menarik kepercayaan manusia mengenai hukum- hakam yang ditetapkan syarak. Apa yang disebut Datuk Tuan Ibrahim sebelum ini, tentang bagaimana Pas dari semasa ke semasa perlu mentarbiahkan DAP yang terdiri daripada kalangan bukan Islam. Maka orang Islam sepatutnya bertarbiah kepada orang Islam itu sendiri agar adat Islam itu menjadi lebih baik. Soal bila dan bagaimana, Alhamdulillah kita diberi ruang dan dalam proses merancang. Perancangan dari semasa ke semasa sama- sama kita berdoa. Setakat ini dua tiga perkara dalam perancangan kita telah diluluskan.

Adakah Umno sama atau tidak dengan manhaj Rasulullah?

FATHUL BARI: Soal persamaan manhaj Rasulullah. Dari awal lagi kita melihat adakah sistem demokrasi kita sama dengan manhaj Rasulullah. Sistem demokrasi di negara ini dipersetujui pelbagai pihak. Walau bagaimanapun di peringkat dasar ada yang bercanggah, keberadaan kita dalam sistem ini menuntut kita memaksimumkan apa yang boleh diketengahkan dalam Islam dan meminimumkan sesuatu yang bercanggah dengan Islam. Bukan memburukkan lagi sistem yang kita ada dengan rasuah dan sebagainya.

Bagaimana dengan pakej ulul amri di dalam politik?

FATHUL BARI: Pakej asal yang menentukan untuk menjadi ulul amri ialah orang yang merdeka, bukan hamba. Bahawasanya naiknya seseorang pemimpin dari masa ke semasa yang mana perlunya kita beri pengiktirafan walaupun pemimpin tersebut tidak cukup syarat- syaratnya. Kalau dilihat kedudukan pemimpin tersebut tidak sesuai, mana jika hendak menjatuhkannya, hendaklah dijatuhkan dengan cara yang prosedur, dengan diadakan pilihan raya. Bukannya dengan cara memaki hamun, mengkritik.

Dalam persoalan isu gelar- menggelar di dalam politik khususnya bukan perkara yang baik. Di dalam al-Quran ada mengatakan janganlah kamu gelar menggelar sesama sendiri. Jika gelaran yang kamu berikan itu tidak diredai orang yang menggelar, maka termasuk dalam golongan yang tidak baik. Gelaran-gelaran seperti ini sungguh mendukacitakan apabila ia datang dari orang yang seiman, seakidah dengan kita. Apabila hendak bercakap mengenai politik, perlulah bercakap dengan penuh kerukunan.

Apa komen Tan Sri, situasi gelar-menggelar sesama sendiri sedangkan sebentar tadi Tan Sri ada mengatakan orang yang gelar-menggelar itu seperti syaitan?

HARUSSANI Syaitan kerjanya menyebabkan manusia berkelahi, membenci sesama sendiri. Jadi, gelar-menggelar ini lahirkan kebencian. Jika hendak berzikir pun ada tempat. Sepanjang hidup saya 72 tahun, saya berceramah di banyak tempat tiada pula budaya melaungkan takbir bagi sokongan kepada ucapan pemimpin. Sejak akhir- akhir ini pula ada dan dilihat mengganggu.

Force 136 bangkit semangat

Posted: 29 Aug 2011 05:00 PM PDT

Force 136 bangkit semangat

Semasa kedatangan Jepun pada 1941, saya dikerah menjadi anggota tentera Jepun dan berkhidmat kepada pemerintah Jepun 'Juntai', kemudiannya dihantar ke kem di Kuantan sebelum dipindahkan ke Port Dickson.

"Dipaksa menjadi tentera Jepun amat mendera perasaan dan setiap masa saya memikirkan cara untuk melepaskan diri daripada genggaman mereka," katanya yang berusia 17 tahun ketika Jepun menduduki Tanah Melayu.

Pada 1945, saya dibawa bertugas ke Raub dan kemudian melarikan diri daripada perhatian tentera Jepun.

Sampai sahaja di Raub pada sebelah malam, saya bersembunyi di dalam hutan dan mengambil masa sehingga 9 hari untuk berjumpa datuk saudara, Abu Jamal Pilus di Batu Malim.

Jika diukur perjalanan hari ini, hanya 30 minit sahaja dari Bandar Raub, tetapi ketika itu keadaan dalam hutan yang penuh rintangan menjadikan perjalanan terlalu lama, ditambah saat cemas mengelak daripada ditemui tentera Jepun.

Pertemuan dengan datuk saudara (Abu Jamal), membawa saya kepada Leftenan Kolonel J D Richardson yang memimpin gerila Force 136 di Pahang.

Datuk membawa saya meredah hutan bermula jam 4 pagi hingga jam 9 malam di Runsung dekat Ulu Lipis.

Bermula dari saat itu, saya diterima sebagai anggota Force 136 dengan pangkat prebet dan berkhidmat dalam hutan sebagai penjaga tempat jatuhan barang (Drop Zone) termasuk bekalan senjata dan makanan.

Saya berada di sana membantu pegawai-pegawai Force 136 selama 6 bulan sehingga ia dibubarkan pada Disember 1945.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved