SH |
Posted: 23 May 2011 05:00 PM PDT Lemas tersadai di tebing
PADANG RENGAS – Seorang datuk tidak menyangka firasat yang menyatakan cucunya selamat sampai ke rumah salah, apabila ditemui lemas di tebing Sungai Papan, Padang Asam, di sini kira-kira 10.30 pagi semalam.
|
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Mohd Haikal Wazir, 6, ditemui dalam keadaan tersadai di tebing sungai berkenaan, dipercayai terjatuh sebelum dihanyutkan arus sungai ketika bermain berhampiran kawasan itu, sehari sebelum ditemui mati. Datuknya, Zubir Abd Rahman, 68, berkata, dia hanya menyedari kehilangan cucunya itu kira-kira 6 petang, sebaik selesai menguruskan perniagaan kedai runcitnya. Menurutnya, apabila tidak melihat kelibat Mohd Haikal, dia menyangka cucunya itu pulang ke rumah bersendirian. "Isteri saya menyatakan dia (Mohd Haikal) tiada di rumah, saya langsung tidak mengesyaki yang dia kemungkinan jatuh di sungai itu. "Dia memang selalu mengikut saya berniaga, jarak sungai dengan kedai tidak jauh, hanya satu meter sahaja dan kebiasaannya memang dia selalu pulang sendiri," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Bilik Mayat, Hospital Kuala Kangsar, semalam. Difahamkan, Mohd Haikal sering bermain bersama rakannya di sekitar kawasan berkenaan. Usaha mencari digerakkan selepas Maghrib sebaik Zubir memaklumkan akan kehilangan cucunya itu kepada orang kampung. Zubir tidak menolak kemungkinan, cucunya yang dijaga sejak lahir itu terjatuh ketika bermain di kawasan sungai berikutan air pasang dan cuaca hujan. Katanya, Mohd Haikal yang mendapat pendidikan di Tadika Pasti Kampung Pondok itu dikenali sebagai kanak-kanak yang pendiam dan tidak suka bergaul dengan orang ramai. "Ibu dan bapanya sudah bercerai, jadi sayalah yang menjaganya, kali terakhir dia menemui ibunya kira-kira tujuh bulan lalu," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Supritendan Abdul Gaffar Mohamad berkata, operasi mencari dan menyelamat bermula 7 petang kelmarin. Menurutnya, operasi turut dijalankan bersama penduduk, anggota Rela, Jabatan Pertahanan Awam (Jpam), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta beberapa lagi agensi lain. "Usaha mencari digerakkan sehingga jam 1 pagi namun gagal sebelum disambung semula pada jam 8 pagi semalam, mayat mangsa ditemui kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadian," katanya. |

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan