Selasa, 24 Mei 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Loji meletup semasa lawatan Presiden

Posted: 23 May 2011 05:00 PM PDT

Loji meletup semasa lawatan Presiden TEHERAN - Satu letupan di loji minyak Iran berlaku semasa lawatan Presiden Mahmoud Ahmadinejad, membunuh dua orang dan mencederakan 12 yang lain, semalam.

Bagaimanapun, Ahmadinejad tidak cedera dalam kemalangan itu dan muncul di stesen televisyen sejurus selepas letupan itu untuk menyampaikan ucapan perasmian satu bahagian baru di loji itu.

Asap tebal dapat dilihat di loji yang terletak di Abadan, berhampiran sempadan Iraq namun kebakaran dapat dikawal oleh anggota bomba.

Pengerusi jawatankuasa tenaga Parlimen Iran, Hamid-Reza Katouzian berkata, letupan itu berlaku disebabkan masalah teknikal dan bukannya akibat perbuatan sabotaj.

Rejim Zionis salahkan Palestin

Posted: 23 May 2011 05:00 PM PDT

Rejim Zionis salahkan Palestin

WASHINGTON - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dengan biadap menuduh konflik Palestin-Israel yang berterusan sejak sekian lama adalah disebabkan sikap Palestin yang tidak mahukan keamanan.

Tuduhan keji itu dibuat Netanyahu semasa berucap di hadapan kumpulan pelobi Yahudi di Amerika Syarikat (AS), malam kelmarin.

Menurutnya, Israel mahukan keamananan kononnya kerana rejim itu mengetahui kesakitan yang disebabkan keganasan dan keperitan peperangan.

"Konflik ini berterusan sehingga hampir satu abad kerana Palestin enggan menerima negara Yahudi," katanya di hadapan wakil Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC), di Washington.

Selama ini, kedegilan rejim Zionis yang enggan menghentikan pembinaan penempatan haram di atas tanah milik Palestin menyebabkan rundingan damai antara kedua pihak kerap tergendala.

Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri Palestin, Salam Fayyad yang juga berada di AS diserang sakit jantung semasa menghadiri majlis graduasi anak lelakinya di Texas, Ahad lalu. Beliau kini dirawat di hospital dan dilaporkan stabil.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved