Rabu, 25 Mei 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mahu bedah siasatkali kedua dilakukan

Posted: 24 May 2011 05:00 PM PDT

Mahu bedah siasatkali kedua dilakukan SHAH ALAM – Permohonan seorang suri rumah supaya bedah siasat kedua dijalankan terhadap mayat anak lelakinya yang ditembak polis di Dengkil 13 Mei lalu, akan didengar di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Peguam N Surendran yang mewakili Salmah Mohamed Shariff, 41, berkata, Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah, Khairul Nizam Abu Bakar menetapkan demikian ketika pengurusan kes, semalam.

Salmah memfailkan notis usul pada 19 Mei lalu supaya bedah siasat kedua dijalankan terhadap mayat Mohamad Johari Abu Bakar, 17, yang kini berada di Hospital Serdang.

Salmah selaku plaintif menamakan Ketua Polis Dengkil sebagai defendan pertama, Ketua Polis Daerah Sepang defendan kedua dan Ketua Polis Negara sebagai defendan ketiga.

Dalam permohonan itu, Salmah, antara lain, memohon bedah siasat dijalankan oleh pakar patologi forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya, Petaling Jaya, dekat sini.

Dia turut mengemukakan usul agar seorang pemantau bebas dan berkelayakan dibenarkan hadir semasa bedah siasat itu.

Selain itu, Salmah memohon laporan bedah siasat berserta semua dokumen lain berkaitan diserahkan kepada Surendran dan Fadiah Nadwa Fikri.

Surendran ketika ditemui berkata, permohonan terbabit difailkan Salmah kerana curiga dengan kematian Johari dan tidak berpuas hati dengan bedah siasat pertama.

"Tujuan utama bedah siasat kedua ini adalah untuk mengetahui sebab sebenar kematian Johari mengikut Seksyen 328 Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593).

"Sebelum ini, semasa Salmah membuat pengecaman mayat anaknya di Hospital Serdang, beliau melihat kesan lebam pada muka dan badan Johari serta mendapati lengan kanan anaknya terkulai dipercayai patah," katanya.

Johari, anak ketiga daripada tujuh beradik, tidak bersekolah sejak kematian ayahnya pada 2009.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pembantu jualan dituduh rogol

Posted: 24 May 2011 05:00 PM PDT

Pembantu jualan dituduh rogol

AMPANG - Seorang pembantu jualan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan merogol seorang pelajar berusia 15 tahun, dua minggu lalu.

Khairul Ivan Iqmal Khairul Azizan Saw, 22, dituduh merogol mangsa dalam kereta jenis Toyota Alphard, di tepi Jalan Kosas 3/9, Ampang Jaya, pada jam 11 pagi, 11 Mei lalu.

Hakim Manira Mohd Nor membenarkan pemuda terbabit diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan, dia dimestikan melaporkan diri di balai polis berhampiran kediamannya pada setiap Sabtu minggu pertama.

Khairul Ivan Iqmal dituduh di bawah Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara hingga 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Hafizah Rajuni.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved