Rabu, 25 Mei 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Blog hina Islam, Perkasa tampil lapor polis

Posted: 24 May 2011 05:00 PM PDT


Blog hina Islam, Perkasa tampil lapor polis

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) membuat laporan polis berhubung satu entri blog yang didakwa menghina agama Islam dengan memaparkan gambar seekor jerung di atas Kaabah selain menggunakan kata-kata yang menghina agama tersebut.

Entri blog itu dikesan pada Isnin lalu dengan menggunakan nama Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara.

Malah sebuah akaun laman sosial Facebook turut dikesan menggunakan profil 'Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara'.

Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi berkata, laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi (IPD), Kuala Lumpur jam 3.30 petang tadi.

Menurut Irwan, beliau dan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali telah membaca entri blog terbabit dan menyifatkan ianya satu tindakan yang tidak bermoral dengan menghina Islam yang merupakan agama rasmi negara ini.

Irwan berkata, laporan itu bertujuan mendesak pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat lebih lanjut dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pemilik atau jurublog tersebut.

"Ia satu penghinaan yang melampau batasan. Saya minta orang yang bertanggungjawab menghormati agama Islam.Maka kami mahu mendesak pihak polis untuk membuat siasatan lanjut. Kalau boleh letak orang yang terbabit dalam ISA, kerana tiada toleransi bila membabitkan hal agama.

"Kita perlu tegas kerana ia soal agama. Bagaimana jika perkara ini berlaku kepada agama lain?," soalnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Polis siasat kes simbah cat dan gantung khinzir di hadapan gerai cendol

Posted: 24 May 2011 05:00 PM PDT

Polis siasat kes simbah cat dan gantung khinzir di hadapan gerai cendol

NIBONG TEBAL - Polis Pulau Pinang sedang menyiasat kejadian sebuah gerai cendol berdekatan Masjid Lama Sungai Bakap di sini yang disimbah cat merah dengan kepala khinzir digantung di hadapan gerai
berkenaan.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, kejadian itu dipercayai berlaku awal hari ini dan disedari oleh sekumplan jemaah yang baru pulang selepas solat Subuh di masjid pada jam 7 pagi.

Polis percaya ia dilakukan sebelum waktu subuh," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati peniaga gerai berkenaan pernah menerima satu panggilan amaran dari seseorang pada Mac lepas.

Pemanggil itu tidak menyatakan sebarang ugutan sebaliknya mahu peniaga cendol berkenaan supaya berhati-hati dan polis tidak menolak kemungkinan kes tersebut ada kaitan dengan kegiatan kongsi gelap, katanya.

Ayub meminta semua pihak supaya tidak mengaitkan kes itu dengan isu perkauman dan agama.

"Saya menyeru kepada semua pihak agar tidak mengaitkan kes ini dengan isu sensitif kerana ianya membabitkan seorang individu sahaja," katanya.

Beliau berkata, polis tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak atau kumpulan yang terbabit dengan perbuatan seumpama itu dan meminta mana-mana peniaga yang menjadi mangsa agar segera membuat laporan polis.

Katanya, kes itu disisasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan bagi kesalahan menakutkan secara Jenayah dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat yang menyebabkan kerosakan. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved