Rabu, 25 Mei 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Saksi kejadian diminta tampil

Posted: 24 May 2011 05:00 PM PDT

Saksi kejadian diminta tampil

TEMERLOH – Keluarga seorang pemuda yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 4 Jalan Triang Temerloh di sini 18 Mei lalu meminta saksi kejadian tampil membantu mereka menyiasat punca kemalangan tersebut.

Bapa mangsa, Osman Bakar, 55, merayu kerjasama pengguna jalan raya atau saksi yang melihat kemalangan terbabit supaya menghubungi keluarganya.

Menurutnya, dia dan keluarga difahamkan, penduduk kampung berhampiran melihat kemalangan tersebut berlaku bukan berpunca dari kesalahan anaknya.

"Ada penduduk kampung maklumkan saya arwah tidak memotong sebarang kenderaan ketika kemalangan tetapi mengikut laporan akhbar perkara sebaliknya berlaku," katanya.

Sinar Harian 20 Mei lalu melaporkan seorang penunggang motosikal maut serta-merta di tempat kejadian selepas bertembung dengan sebuah Hilux pada 18 Mei lalu.

Osman berkata, dalam kemalangan itu, anaknya, Abdul Anas, 20, anak kelima dari lapan beradik maut serta merta di tempat kejadian selepas bertembung dengan sebuah Hilux dari arah bertentangan.

Osman menggesa pemandu dan penumpang Hilux terbabit supaya tampil berjumpa keluarga mereka kerana sejak kemalangan mereka langsung tidak berjumpa dengan keluarganya.

"Saya juga merayu pemandu Myvi yang turut melihat kejadian supaya tampil menghubungi keluarga kami di talian 019-9958076 atau 019-9478800 untuk membantu siasatan.

"Kami sangat terkilan dengan kejadian namun terpaksa menerima sebagai takdir. Cuma apa yang kami mahukan supaya kemalangan ini dapat disiasat dengan teliti untuk mengetahui apa puncanya," katanya sewaktu ditemui di rumahnya di Kampung Pangsenam, di sini, semalam.

Osman yang bekerja sebagai kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Bera berkata, ketika kejadian, arwah meminjam motosikal adiknya yang baru dua minggu dibeli.

"Arwah keluar ke stesen minyak berhampiran untuk beli minyak motosikal saya, dalam perjalanan pulang arwah patah balik ke stesen minyak kerana tertinggal minyak yang dibeli.

"Ketika patah balik ke stesen minyak itulah arwah bertembung dengan Hilux hingga tercampak ke dalam longkang dan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Saya rayu saksi tampil, kerana arwah adalah 'semangat' saya, dia sangat rapat dengan saya," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved