Rabu, 25 Mei 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Jumpa selepas 40 jam

Posted: 24 May 2011 05:00 PM PDT

Jumpa selepas 40 jam KOTA TINGGI – Mayat seorang pegawai pemasaran kilang di sini yang hilang ketika memancing udang galah bersama rakannya di Sungai Sedeli Besar, Ahad lalu akhirnya ditemui semalam.

Mangsa, Ibrahim Sulaiman, 43, dijumpai di lokasi kira-kira 2.5 kilometer dari tempat kejadian selepas 40 jam dilaporkan hilang.

Pada hari kejadian, Ibrahim yang dikatakan memang gemar memancing menyewa bot gentian kaca daripada seorang pemilik bot sewa dikenali sebagai Zamri di pangkalan sungai itu yang terletak di Batu 18, Jalan Mersing menghala ke laluan Tunjuk Laut di mukim Kambau di sini, bersama rakannya yang dikenali sebagai Sudirman.

Menurut isteri mangsa, Rosnah Davi, 46, kali terakhir dia berjumpa suaminya itu ketika arwah hendak keluar rumah pada pagi Ahad lalu untuk memancing udang galah di Kota Tinggi.

"Arwah bersiap-siap untuk pergi memancing kira-kira jam 6.30 pagi selepas solat subuh di surau Taman Istimewa, Johor Bahru. Semasa saya bersalam dan cium tangan, arwah merenung ke muka saya," katanya.

Menurutnya, pada jam 12 tengah hari dia menerima maklumat bahawa suaminya hilang dalam Sungai Sedili Besar dan telah ke tempat kejadian bersama anak ketiganya dan ahli keluarga yang lain.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Deputi Superintendan Muhammad Shamsuddin berkata, siasatan awal mendapati, ketika kejadian rakan arwah, Sudirman mengemudi bot itu dalam keadaan cuaca baik, namun menghadapi masalah apabila enjin tersangkut pada kayu hanyut.

"Ketika kedua-duanya hendak mengangkat enjin ketika berada di tengah-tengah sungai selebar 40 meter, bot itu terangkat dan menggelongsor tenggelam," katanya.

Menurut Muhammad, nasib rakan arwah baik apabila dua warga Indonesia yang secara kebetulan memancing tidak jauh dari situ terjun ke sungai berenang menyelamatkan Sudirman daripada dihanyutkan arus.

Manakala Ibrahim yang berpaut pada bot separuh tenggelam hilang ketika hendak diselamatkan.

Ibrahim turut mengingatkan orang ramai agar mengambil langkah keselamatan dengan memaklumkan aktiviti, tempoh masa dan lokasi mereka ke mana-mana balai polis berhampiran jika ingin mengadakan aktiviti luar secara individu mahupun berkumpulan.

Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk urusan bedah siasat sebelum dituntut waris untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kangkar Tebrau, Johor Bahru.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved