Rabu, 25 Mei 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


Dadah: Dua lelaki Pakistan dan seorang dari Uganda terlepas dari tali gantung

Posted: 24 May 2011 05:00 PM PDT

Dadah: Dua lelaki Pakistan dan seorang dari Uganda terlepas dari tali gantung

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini melepas dan membebaskan dua lelaki rakyat Pakistan dan seorang lelaki dari Uganda setelah didapati tidak bersalah terhadap tuduhan mengedar dadah.

Hakim Datuk Ghazali Cha membuat keputusan itu pada akhir kes pendakwaan selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap dua warga Pakistan, Jahangir Aslam Chonan, 41, dan Makhdoom Qasim, 40, serta Musaazi Ivan Okorocha, 22, dari Uganda.

Beliau bagaimanapun mengarahkan ketiga-tiga lelaki terbabit dihantar pulang ke negara asal dalam tempoh dua minggu dan dilarang memasuki Malaysia pada masa akan datang kecuali dengan perintah undang-undang.

Ketiga-tiga lelaki tersebut dituduh mengikut Seksyen 39B(1) Akta Dadah Berbahaya 1953 kerana mengedar dadah berjumlah 1,287.09 gram (1,160 gram heroin dan 126.99 gram Monoacetylmorphine) di sekitar kawasan restoran KFC, Jalan Raja Laut pada 10 Mac 2008, pukul 5.30 petang.

Ketika penghakimannya, Ghazali berkata, terdapat keraguan dalam penandaan identiti barang kes, warna dan berat dadah yang dirampas serta pertuduhan dengan niat bersama antara ketiga-tiga tertuduh juga tidak dimasukkan dalam pertuduhan.

Katanya terdapat juga pihak ketiga iaitu dua lelaki Afrika -- N. Guesan Jean dan Obeik Keneth -- yang tidak didakwa bagi pertuduhan yang sama sedangkan Guesan ketika ditahan di tempat kejadian mempunyai wang berjumlah US$27,000 (kira-kira RM82,000).

"Persoalannya kenapa dua lelaki ini tidak dituduh bersama dan diberitahu oleh saksi bahawa kerana tidak mendapat arahan pendakwaan (untuk dituduh) dan satu lagi ditangkap di bawah Akta Imigresen," katanya.

Lelaki itu telah dihantar pulang ke negara asalnya dan tidak dapat dipanggil sebagai saksi.- Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Polis cari lelaki bantu kes simbah cat dan gantung kepala babi

Posted: 24 May 2011 05:00 PM PDT

Polis cari lelaki bantu kes simbah cat dan gantung kepala babi

NIBONG TEBAL - Polis Pulau Pinang sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes sebuah gerai cendol yang disimbah cat merah dan menggantung kepala babi di hadapan gerai di Masjid Lama Sungai Bakap semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yakcop berkata, lelaki terbabit adalah pemanggil yang menghubungi peniaga cendol berkenaan dan memberi amaran agar beliau berhati-hati.

"Kita agak sukar untuk mencari lelaki terbabit kerana dia menghubungi peniaga itu dengan menggunakan telefon awam. Bagaimanapun polis sedang giat mengesannya," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya juga telah mengambil keterangan daripada beberapa pihak termasuk peniaga terbabit dan siasatan awal mendapati peniaga cendol berkenaan tidak pernah berhutang dengan mana-mana pihak termasuk ah long.

Sementara itu Pergerakan Pemuda UMNO Nibong Tebal hari ini membuat laporan polis berhubung satu artikel yang disiarkan dalam sebuah laman blog yang didakwa berniat jahat kerana menuduh UMNO mempunyai kaitan dengan kejadian berkenaan.

Naib Pemudanya Mohd Noor Azman Abdul Jalil berkata, dalam satu artikel yang disiarkan dalam laman blog "Perjuang Pro Demokrasi", penulis blog itu telah membuat dakwaan palsu itu.

"Kami membuat laporan polis ekoran penulis artikel itu dilihat berniat jahat dan menuduh UMNO mempunyai kaitan dengan kejadian berkenaan.

"Pemuda UMNO juga rasa kesal dengan penulis berkenaan dan berharap pihak polis dapat mengambil tindakan terhadapnya," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Bakap di sini hari ini.- Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved