Khamis, 26 Mei 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Didenda RM2,500 kerana ikan, sayur

Posted: 25 May 2011 05:00 PM PDT

Didenda RM2,500 kerana ikan, sayur

KUALA LUMPUR – Gara-gara ikan kembung dan pelbagai jenis bahan masakan curi, seorang pekerja am terpaksa membayar denda RM2,500 yang diperintahkan Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Perbuatannya itu diang-gap tidak berbaloi apabila A Ennasidass, 49, mengeluarkan wang belanja 10 kali ganda sedangkan nilai keseluruhan barang makanan disimpannya itu hanya berharga RM250.

Ennasidass mengaku bersalah memiliki barang curi, 28 ikan kembung, 39 ikan bawal hitam, beberapa kampit beras, lima biji labu air, 12 batang lobak putih, tujuh biji terung, keselu-ruhannya bernilai RM250 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Wisma Bintara, Pengkalan Udara, di sini.

Dia melakukan kesalahan itu di pintu masuk utama, pengkalan udara berkenaan pada 9.30 malam, 7 Mei lalu.

Pada hari terbabit, Ennasidass cuba membawa keluar barang makanan milik kerajaan itu menggunakan keretanya.

Bagaimanapun, dia ditahan pengawal keselamatan di pintu masuk utama dan setelah diperiksa kesemua barang itu dijumpai dalam kenderaan terbabit.

Peguam Ahmad Ridza Mohd Noh memohon hukuman penjara diketepikan sebaliknya hanya dikenakan denda terhadap lelaki itu.

"Anak guam saya penanggung tunggal keluarga. Isterinya tidak bekerja dan mempunyai dua anak masih kecil," katanya.

Majistret Hafizza Sauni mengenakan denda itu.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Zulkifli Osman.

Mahkamah benarkan bedah siasat

Posted: 25 May 2011 05:00 PM PDT

Mahkamah benarkan bedah siasat SHAH ALAM – Seorang suri rumah menyuarakan rasa syukur selepas permohonannya untuk menjalankan bedah siasat kedua terhadap mayat anak lelakinya yang ditembak polis di Dengkil 13 Mei lalu, mendapat kebenaran Mahkamah Tinggi di sini, semalam.

Hakim, Datuk Mohtaruddin Baki membuat keputusan itu terhadap permohonan Salmah Mohamed Shariff, 41.

Keputusan beliau sekali gus memberikan kebenaran kepada pakar patologi forensik dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), menjalankan pembedahan itu seperti dipohon Salmah.

Salmah memfailkan notis usul pada 19 Mei lalu supaya bedah siasat kedua dijalankan terhadap mayat anaknya, Mohamad Johari Abu Bakar, 17, bagi mengetahui punca sebenar kematian remaja itu.

Mayat Johari yang kini berada di Hospital Serdang didakwa mempunyai kesan lebam pada muka dan badan, manakala le-ngan kanan terkulai dipercayai patah.

Dia selaku plaintif menamakan Ketua Polis Dengkil sebagai defendan pertama, Ketua Polis Daerah Sepang defendan kedua dan Ketua Polis Negara sebagai defendan ketiga.

Dalam permohonan itu, Salmah turut mengemukakan usul supaya seorang pemantau bebas dan berkelayakan dibenarkan hadir semasa bedah siasat.

Selain itu, Salmah memohon laporan bedah siasat berserta semua dokumen lain berkaitan diserahkan kepada peguamnya, N Surendran dan Fadiah Nadwa Fikri.

Mohtaruddin dalam penghakimannya berkata, pihak Salmah, Hospital Serdang dan PPUM perlu mencapai persetujuan berhubung tempat dan prosedur bedah siasat itu dijalankan.

"Johari meninggal dunia pada 13 Mei lalu, sebagai Muslim saya bertanggungjawab memastikan mayatnya segera dikebumikan. Makin lama, makin seksa mayat itu.

"Mahkamah izinkan bedah siasat dijalankan, manakala kos ditanggung pemohon," katanya.

Salmah di luar mahkamah berkata, dia bersyukur dengan keputusan itu dan berharap segala urusan berjalan lancar.

Menurutnya, keluarganya berada dalam dilema kerana dalam usaha menyegerakan urusan pengebumian, mereka terdesak mengetahui punca sebenar kematian Johari.

Kakak Johari, Siti Hasmah Kadarshah, 28, berkata, beliau bersedia menanggung segala kos asalkan bedah siasat berjaya dijalankan seperti dipohon.

"Kami langsung tidak tahu mengenai punca kematian Johari, malah masa Johari ditembak kami tidak dimaklumkan. Kami tahu berita itu melalui rakan arwah," katanya.

Sementara itu, nenek Johari, Jamilah Mathisahiv, 56, berkata, dia sedih dengan cara kematian Johari yang menurutnya tidak sepatutnya berlaku.

"Kalau Johari salah, tangkap dia, kena penjara 7 tahun hingga 10 tahun pun tak apa, saya boleh datang tengok di penjara. Tapi kenapa tembak dia macam anjing," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved