Khamis, 26 Mei 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Siapa berhajat dapat payung emas?

Posted: 25 May 2011 05:00 PM PDT

Apa akan terjadi sekiranya ramai orang tidak kahwin? Sebenarnya saya tidak pernah bertanya pun perkara ini – banyak lagi benda perlu difikirkan! – sehinggalah ia dibangkitkan minggu lalu di Kuching, Sarawak.

Ada pihak yang bimbang sekiranya ramai orang tidak kahwin, atau lambat kahwin. Menurut Dr Anjli Doshi Gandhi fenomena itu boleh membawa implikasi kepada institusi kekeluargaan.

Beliau ialah Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Lembaga tersebut memandang serius isu sosial berkaitan dengan trend melewatkan perkahwinan, terutama dalam kalangan wanita berpendidikan tinggi.

Menurut data terkini, 30 peratus wanita di antara umur 25 dan 29 tahun belum berkahwin. Bagi lelaki pula 25 peratus daripada yang berusia di antara umur 30 dan 34 tahun masih bujang.

Bercakap pada taklimat dan bual bicara Dasar Keluarga Negara (DKN) peringkat negeri Sarawak, beliau menganggap ini sebagai satu trend tidak baik. Ramai wanita tidak kahwin memberi alasan "tidak ada calon yang sesuai."

Saya percaya memang susah mencari calon sesuai, terutama apabila usia sudah mencecah 30an. Wanita berijazah mesti hendak lelaki berijazah juga. Tetapi lelaki berijazah semakin kurang sebab universiti dipenuhi pelajar perempuan.

Pada usia 30an gaji wanita berijazah tentu tinggi, sudah ribu-ribu RM, paling tidak pun sudah ada kereta. Mana sesuai terima pinangan lelaki gaji 'ciput' yang hanya naik motor 'kapcai'. Ini bukan soal mata duitan tetapi realiti kehidupan.

Bagi lelaki pula banyak faktor mereka memilih hidup sendiri. Bukan tidak teringin memeluk seorang isteri. Tetapi banyak halangan untuk bergelar suami. Antaranya faktor kewangan, lebih-lebih lagi dalam zaman serba-serbi naik.

Minyak naik, gandum naik, ikan naik, gula naik. Sayur naik, buah naik, daging naik. Dan, yang paling menyulitkan anak teruna ialah wang hantaran naik. Paling koman pun tanda harga yang diletakkan ialah RM5,000. Kalau campur cincin, beg tangan, kasut, pakaian dan belanja kenduri, mesti boleh kopak RM15,000 atau RM20,000.

Bagi jejaka lepasan universiti dan baru kerja dengan gaji RM2,000, dia kena simpan duit 10 tahun untuk layak kahwin. Sebab gaji itu banyak sangat kena tolak: potong KWSP, sewa rumah, ansuran kereta, hutang kad kredit, PTPTN, kirim emak di kampung. Paling banyak boleh simpan RM200 sebulan. Itu pun kalau tidak kena saman ekor.

Apakah betul lelaki semakin kurang? Laporan Banci Penduduk 2010 menunjukkan jumlah penduduk Malaysia kini seramai 27,565,821 orang, terdiri daripada 14,112,667 lelaki dan 13,453,154 perempuan.

Dari segi angka, memang lelaki lebih 659,513 berbanding perempuan. Tetapi kena tolak bilangan lelaki yang mati mengejut sebab darah tinggi, terkena renjatan elektrik sebab mencuri kabel, terjun dari tingkat tiga, mati kena tembak kerana merompak.

Kena tolak juga ramai lelaki yang mati di jalan raya sebab merempit, jumlahnya ribu-ribu. Sekiranya tidak mati pun mereka sudah dianggap sebagai bukan lelaki pilihan sebab kudung tangan, kudung kaki, hilang telinga, hilang hidung, hilang mata. Malah, ada yang hilang nafsu.

Ramai juga lelaki hilang kelayakan untuk kahwin sebab menghabiskan lebih banyak masa dalam penjara atas kesalahan merompak, merogol, membunuh, mengedar dadah, sumbang mahram.

Kena ambil kira juga beratus ribu lelaki tiada yang sudi buat menantu sebab menjadi penagih tegar, dan saling keluar-masuk pusat serenti. Siapa yang sudi bersuamikan tengkorak hidup?

Malah, kena ambil kira juga semakin ramai lelaki berstatus 'Adam tidak Hawa pun bukan'. Susah juga bagi seorang wanita untuk menerima suami berjari lentik dan terlalu lemah-lembut.

Pendek kata walaupun dari segi statistik lelaki lebih setengah juta berbanding wanita, jika ditolak yang mati mengejut, mati merempit, penagih tegar, juga golongan 'lembut', bilangan jejaka yang layak jadi calon suami memang semakin berkurangan.

Ertinya akan terus bertambah bilangan wanita kahwin lewat, atau tidak kahwin langsung, sebab tidak ada calon sesuai. Maka sesuatu mesti dilakukan untuk membantu mereka. Saya mencadangkan dua perkara. Pertama, kepada ibu bapa: Jangan letakkan hantaran terlalu tinggi untuk membolehkan lelaki masuk meminang. Kedua, kepada para isteri: Kena berjiwa besar, dan benarkan suami berpoligami. Boleh dapat payung emas!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Karya cetak semakin popular ke TV

Posted: 25 May 2011 05:00 PM PDT

Masihkah anda ingat tentang Lahuma yang menjadikan sawah bendang sebagai satu-satunya sumber mata pencarian bagi menyara diri, isterinya Jeha dan tujuh anak perempuannya?

Saya masih ingat bait-bait kisah dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan ini kerana sudah berkali-kali membacanya. Namun saya tidak dapat melihat filem berkenaan di panggung. Hasil carian dalam talian, saya dapati generasi muda turut menulis komen-komen mahu melihat filem ini setelah mereka puas membaca novel tulisan Sasterawan Negara, Datuk Shahnon Ahmad ini.

Filem terbitan Kay Filem Production Sdn Bhd dengan usaha sama Sarimah Filem Sdn Bhd ini telah ditayangkan pada 27 Oktober 1983 berdurasi 110 minit. Rasanya amat wajar jika kita memohon kepada Filem Negara atau penerbit filem berkenaan untuk memikirkan permintaan orang muda, supaya dapat memberi mereka peluang melihat sendiri kehidupan zaman lampau yang tidak akan mereka lalui langsung sekarang dan selamanya.

Tulisan di atas ada kena mengena dengan perbualan bersama kakak ipar penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, Datin Zaiton Mohd Jiwa. Berbual santai namun penuh dengan inspirasi itu akhirnya menjadi semakin serius apabila beliau yang lebih mesra dipanggil Kak Ton mengakui penangan novel-novel Melayu yang sungguh meruntun jiwa kewanitaannya.

Memandangkan beliau juga seorang penerbit drama, maka idea untuk mengembangkan cerita dalam novel ke layar televisyen terus sahaja direalisasikan. Akhirnya syarikatnya Global Station Sdn Bhd memilih tujuh novel popular terbitan Alaf 21 untuk diadaptasikan kepada drama.

Jauh, Manisnya Cinta, Kau Yang Satu, Tiada Yang Kedua, Kau Untukku, Bayangan Rindu serta Adam dan Hawa merupakan tujuh novel pilihan Global Station Sdn Bhd yang bakal diadaptasi ke drama kelak. Ia juga akan ditayangkan di saluran Astro Warna dan Citra.

Beliau mempunyai alasan tersendiri mengapa memilih tujuh novel berkenaan yang merupakan antara 10 novel mencatat jualan tertinggi di Alaf 21 - kesemuanya melebihi jualan 80,000 unit. Beliau mengakui pilihannya tepat kerana ingin menyajikan produk terbaik buat penonton. Daripada kesemua tujuh novel itu, enam daripadanya akan diadaptasi kepada telemovie manakala yang satu lagi iaitu Adam dan Hawa akan diadaptasi kepada drama bersiri.

Saya teringat juga pada filem Langit Petang, adaptasi novel Langit Petang tulisan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said. Filem ini mengisahkan Pak Arif yang cintakan harta pusaka dan tidak sanggup menggadai tanah bendangnya kepada pemaju perumahan, Hashim. Pak Arif sering diganggu orang suruhan Hashim dan tanah bendangnya sering dirosakkan. Seorang penulis muda, Hafiz, telah menulis kisah Pak Arif yang cuba menyelamatkan harta pusakanya. Pelakon utama filem ini ialah Azean Irdawaty dan Dharma Harun.

Memang filem ini kurang disenangi penulisnya. Menurut beliau semangat filem itu tidak dapat menyamai semangat novel berkenaan. Ada nyawa yang terputus, ada cacat di sana sini hingga menimbulkan rasa tidak puas hati pembaca yang telah menghadam terlebih dahulu novel ini.

Bagi saya secara logiknya, dua genre ini saja sudah berbeza skopnya. Oleh itu semestinya ada kurang di sana atau lebih di sini yang muncul. Bagaimanapun apabila melihat skop lebih luas, kedua-dua genre ini boleh digunakan untuk saling menarik minat audiens kepada novel (buku) dan layar (filem) asalkan jalan ceritanya tidak lari. Itulah matlamat yang perlu kita sokong.

Jika di Barat, terutamanya di Hollywood, banyak novel penulis tersohor barat tidak disia-siakan dan diangkat serta dikembangluas melalui filem. Contohnya, Charles Dicken menerusi novelnya seperti Oliver Twist (1837) telah banyak kali diangkat sama ada menerusi layar perak atau kaca. Biarpun novelnya itu berusia lebih 100 tahun tetapi masih relevan dan menarik untuk difilemkan sehingga kini.

Seperti kata Kak Ton, "kita tak akan ambil 100 peratus cerita dalam novel ini, tapi isi atau cerita asalnya tak akan lari." Hal ini serupalah dengan satu lagi novel Alaf 21 yang sedang ditayangkan di televisyen. Drama Nora Elena adalah adaptasi daripada novel tulisan Meen Zulaikha.

Drama ini juga ada perubahan daripada tulisan dalam novel, sebab itulah ditulis sebagai adaptasi yang longgar daripada novel oleh penulis skripnya, Maizura Mohd Ederis Akhir sekali, saya teringat kata-kata Hafiz dalam Langit Petang; sungai tak semuanya lurus…

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved