Rabu, 24 Ogos 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Sara tiga anak RM350 sebulan

Posted: 23 Aug 2011 05:00 PM PDT

Sara tiga anak RM350 sebulan KAMPUNG PERIGI – Berbekalkan RM350 sebulan seorang ibu tunggal menampung perbelanjaan seharian dan menyara tiga anak yang masih bersekolah.

Noricha Ismail, 43, berkata, selepas kematian suaminya Ismail Yusuf setahun lalu dia terpaksa mengambil upah menjaga anak jirannya untuk menyara hidup mereka sekeluarga.

"Suami saya meninggal dunia kerana sakit, dan selepas itu sayalah yang menjadi ibu dan ayah kepada anak-anak untuk menumpang kasih.

"Dengan upah yang diterima setiap bulan saya menyara tiga anak yang masih menuntut di sekolah menengah dan sekolah rendah," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, rumah yang didiami mereka juga merupakan tanah rizab sungai dan memandangkan status tanah itu dia khuatir jika mereka terpaksa keluar daripada rumah.

"Dulu kami tidak tinggal di tempat lain, tetapi memandangkan tanah yang kami duduki itu milik orang, kami terpaksa berpindah kerana pemiliknya tidak membenarkan kami terus tinggal di situ, kemudiannya arwah suami saya membina rumah di atas tanah rizab sungai ini.

"Anak-anak saya yang masih bersekolah mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200, sedikit sebanyak membantu mereka untuk keperluan pembelajaran mereka, namun kadang-kadang dengan keadaan ekonomi zaman sekarang jumlah itu masih tidak mencukupi, apa-apa pun saya mengucapkan terima kasih kepada JKM," katanya.

Noricha berkata, sebelum ini dia tidak pernah menerima bantuan daripada mana-mana pihak selain daripada bantuan JKM.

"Persediaan raya pun kami adakan ala kadar sahaja, namun untuk mewah seperti orang lain tiadalah," katanya.

Penderitaan yang dialami Noricha turut mendapat perhatian daripada Adun Guar Chempedak, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail dan Ketua Puteri Umno Jerai, Hasfizahtulnisah Mat Isa yang menyampaikan zakat Bank Rakyat dan barangan keperluan harian.

Dalam perkembangan yang sama, Hasfizahtulnisah berkata, dengan sumbangan berupa barangan keperluan harian itu, ia dapat meringankan beban yang perlu ditanggung Noricha dan anak-anaknya.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved