Rabu, 24 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


Skandal seks ancam kerajaan Australia

Posted: 23 Aug 2011 05:00 PM PDT

Skandal seks ancam kerajaan Australia

CANBERRA - Polis Australia memulakan siasatan ke atas seorang ahli politik negara itu yang didakwa menyalahgunakan kad kredit kesatuan untuk membayar perkhidmatan seks dengan pelacur.

Jika dakwaan itu dibuktikan benar, ia dilihat mampu menjatuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Julia Gillard.

Ahli Parlimen Parti Buruh, Craig Thomson menafikan beliau menggunakan kad kredit itu untuk membayar perkhidmatan di pusat seks sebelum dipilih menjadi wakil Parlimen.

Thomson turut didakwa mengeluarkan lebih A$100,000 (RM312,000) wang tunai melalui kad yang diberikan Kesatuan Perkhidmatan Kesihatan semasa berkhidmat di agensi itu dari 2003 hingga 2005.

Presiden Filipina enggan mohon maaf

Posted: 23 Aug 2011 05:00 PM PDT

Presiden Filipina enggan mohon maaf MANILA - Presiden Filipina, Benigno Aquino, kelmarin, menyuarakan kekesalan terhadap kematian lapan tebusan warga Hong Kong semasa usaha menyelamat oleh pasukan polis Filipina, tahun lalu tetapi menolak tuntutan keluarga mangsa supaya beliau memohon maaf secara rasmi.

"Lelaki bersenjata itu yang perlu dipersalahkan, bukan kerajaan Filipina. Memohon maaf sama seperti mengakui kerajaan menyebabkan kematian pelancong, iaitu sesuatu yang tidak benar," katanya pada ulang tahun serangan itu.

Kegagalan rundingan oleh polis semasa kejadian tebusan pelancong Hong Kong di Manila menyebabkan penyerang melepaskan tembakan dan membunuh pelancong sebelum dia ditembak mati polis pada 23 Ogos tahun lalu.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved