Sinar Harian :: Suara Cakna Anda |
Ganjaran kesetiaan pemegang kad Visa Posted: 17 Jul 2011 05:00 PM PDT Ganjaran kesetiaan pemegang kad Visa
Groupon Malaysia dengan kerjasama Visa memperkenalkan 'Groupon-Visa Exclusive Offers' sebuah program ganjaran kesetiaan eksklusif untuk pemegang kad Visa yang dimajukan dan dibangunkan Groupon.
Dengan program kerjasama terbaru ini, Groupon Malaysia akan menyediakan akses secara langsung untuk pakej pembelian kumpulan kepada pemegang kad Visa yang diperoleh daripada laman mikro Visa-Groupon. Ketua Pegawai Eksekutif Groupon Malaysia, Joel Neoh berkata, kerjasama terbaru ini penting Groupon sebagai platform pembelian kolektif nombor satu di Malaysia. "Di samping itu, ia juga membenarkan kami berkembang dengan lebih meluas lagi menerusi jaringan luas pemegang kad Visa seluruh negara. "Kuasa pemasaran sosial semakin pantas dan merupakan saluran utama e-dagang seluruh dunia di mana banyak peniaga mula mencari integrasi untuk model perniagaan mereka," katanya. Menurutnya, Groupon Malaysia akan terus menjalinkan kerjasama dan hubungan perniagaan untuk memberikan pelanggan lebih nilai hebat dan pengalaman terbaik. Pengurus Visa Malaysia, Stuart Tomlinson berkata, dengan kerjasama ini, pemegang kad Visa di Malaysia kini boleh menikmati kemudahan akses istimewa untuk berurusan dengan Groupon Malaysia, hanya menggunakan kad Visa secara dalam talian. "Pelbagai tawaran hebat disediakan bagi setiap pelanggan dari penginapan, restoran dan gaya hidup," katanya. Perkhidmatan terbaru yang ditawarkan ini turut menyediakan pengunjung dengan simpanan bernilai Groupon sehingga 90 peratus daripada harga runcit, serta pakej mingguan istimewa antaranya dari SOHO, Laziz Restaurant, dan The Smokehouse Hotel eksklusif untuk pemegang kad Visa. Sementara itu, sejak mula beroperasi Januari lalu, keahliannya meningkat lebih 450,000 dengan jumlah pembelian voucer 180,000 dan jumlah simpanan pelanggan kira-kira RM25 juta. Peniaga Groupon Malaysia juga bertambah yang merangkumi pelbagai jenis produk dan perkhidmatan di rumah dan industri lain. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Samsung kuasai pasaran monitor Posted: 17 Jul 2011 05:00 PM PDT Samsung kuasai pasaran monitor
Samsung Electronics Co. Ltd rangkaian pengeluar barangan elektrik dan elektronik jenama Samsung dari Korea, berhasrat kekal menguasai pasaran segmen monitor dengan jualan mencecah 6.21 juta pada suku pertama tahun ini.
|
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Menurut laporan firma penyelidikan, DisplaySearch, Samsung menguasai pasaran monitor global sebanyak 19 kali berturut-turut sejak suku ketiga 2006. Keadaan itu mewakili 14.6 peratus pasaran monitor paparan kristal cecair (LCD) menjadikan jenama itu ditangga teratas untuk 11 suku berturut-turut bermula suku ketiga 2008. Naib Presiden Kanan Bahagian Jualan dan Pemasaran Paparan, Jeong-Hwan Kim berkata, Samsung sentiasa berusaha menerajui pasaran paparan, terutama 3D LED dan monitor bersaiz besar. "Samsung berada pada kedudukan tertinggi bagi pasaran monitor diod pemancar cahaya (LED) dengan menguasai 18.1 peratus," katanya. |
You are subscribed to email updates from Sinar Harian :: Suara Cakna Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan