Isnin, 18 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Rela henti laksana Ops Tegas

Posted: 17 Jul 2011 05:00 PM PDT

Rela henti laksana Ops Tegas

BESUT - Anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) tidak akan lagi melaksanakan Ops Tegas bagi menahan atau memberkas pendatang asing tanpa izin secara sendirian tanpa penyertaan pihak berkuasa berkaitan.

Ketua pengarahnya, Datuk Mustafa Ibrahim berkata, Operasi Tegas yang telah diadakan sejak beberapa tahun lalu itu terpaksa dihentikan kerana ia menimbulkan banyak kontroversi dan tuduhan negatif pelbagai pihak yang boleh menjejaskan imej Rela.

"Berikutan itu, saya minta setiap anggota Rela membatalkan semua operasi menahan pendatang dan segera memulangkan alatan yang digunakan seperti gari kepada pejabat dengan serta-merta," katanya pada majlis perjumpaan dengan anggota Rela daerah Besut dan jajahan Pasir Putih di Kampung Baharu, di sini, semalam.

Mulai sekarang setiap anggota Rela hanya dibenarkan menyalurkan maklumat sekiranya terdapat kegiatan pendatang di tempat mereka kepada pihak berkuasa. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mayat bayi dijumpai dalam bungkusan

Posted: 17 Jul 2011 05:00 PM PDT

Mayat bayi dijumpai dalam bungkusan KAJANG – Aktiviti rutin hujung minggu seorang penduduk yang membersihkan kawasan sekitar rumah di Kampung Sungai Ramal Baru, Kajang tergendala seketika apabila menjumpai sebungkus plastik putih yang mengandungi mayat bayi.

Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Abd Rashid Abd Wahab, (gambar) berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 9.25 pagi semalam apabila seorang penduduk menjumpai plastik putih berhampiran landasan kereta api berhampiran rumahnya.

"Lelaki berkenaan sedang membersihkan kawasan rumah sebelum ternampak bungkusan plastik berhampi-ran landasan kereta api dan kemudiannya bertindak membuka plastik berkenaan dan terkejut setelah melihat mayat bayi yang telah berulat", katanya.

Berdasarkan siasatan awal katanya, mayat bayi berkenaan telah meninggal dunia lima hari berdasarkan keadaannya yang sudah berulat dan keadaan jantina yang sukar di tentukan.

"Mayat bayi dihantar ke Hospital Serdang," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved