Sinar Harian :: Suara Cakna Anda |
Posted: 17 Jul 2011 05:00 PM PDT 500 mahasiswa dikenal pasti
JOHOR BAHRU – Pihak universiti akan melakukan semakan pendaftaran sebelum mengambil tindakan sewajarnya terhadap mahasiswa terlibat dalam perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (gambar) berkata, senarai nama mereka yang terlibat telah dihantar ke universiti-universiti berkenaan untuk tindakan lanjut. "Seramai 500 mahasiswa dikenal pasti Kementerian Pengajian Tinggi terlibat dalam perhimpunan haram Bersih di ibu negara yang dianjurkan pada 9 Julai lalu. "Mereka berjaya ditahan pihak polis sebelum sempat menyertai perhimpunan haram itu di lokasi tertentu," katanya pada sidang media Majlis Silaturahim dan Nadi Kasih di Kampung Melayu Pandan, di sini semalam. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penglibatan mahasiswa dalam perhimpunan haram tersebut walaupun telah diberikan peringatan. Mohamed Khaled berkata, penyertaan mahasiswa hanya kumpulan dalam kecil sahaja yang keliru dengan tuntutan Bersih selain diperalatkan pihak tertentu. Menurut beliau, mengenai perhimpunan Bersih turut diadakan mahasiswa tempatan yang menuntut di universiti-universiti luar negara, perbuatan itu majoritinya dilakukan oleh mereka yang bukan ditaja oleh kerajaan. "Perhimpunan yang diadakan di Mesir, Taiwan, Britain dan Australia dilakukan dalam jumlah tidak sampai 200 orang dan mereka sebenarnya tidak memahami situasi sebenar di negara ini. "Dilihat mereka ini lebih kepada mahu berseronok kerana dapat berkumpul dan untuk mengambil gambar sahaja," katanya yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang. Sementara itu, menjawab tentang keresahan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak terhadap masalah bilangan penuntut perempuan lebih ramai daripada penuntut lelaki, Mohamed Khaled berkata, perkara itu akan diatasi dengan cara memberi kesedaran kepada pelajar lelaki bermula di sekolah menengah lagi. "Bagaimanapun, di universiti tertentu yang menawarkan bidang teknikal, bilangan penuntut lelaki adalah sama jumlahnya dengan wanita iaitu 50-50," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: 17 Jul 2011 05:00 PM PDT SPR sudah beri penjelasan
KUALA LUMPUR – Perjuangan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 bukan semata-mata menuntut pilihan raya adil dan telus sehingga tercetusnya perhimpunan haram pada 9 Julai lalu, tetapi lebih bersifat politik.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, Bersih 2.0 cuba mencipta momentum kebencian rakyat kepada kerajaan bagi parti pembangkang memperoleh laluan mudah memenangi pilihan raya umum akan datang. Menurutnya, sebelum berlakunya perhimpunan haram 9 Julai lalu, SPR dan Bersih yang dipengerusikan oleh Datuk Ambiga bersama 15 ahlinya telah bertemu dengan SPR dan mereka berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan. "SPR dalam usaha meningkatkan pengurusan proses demokrasi. Kita sentiasa mendengar isu dan sentiasa membuka pintu walaupun menyedari Bersih 2.0 adalah pertubuhan tidak berdaftar. Jika mereka kata SPR tidak telus, di mana kita tidak telus? Buktikan? "SPR telah berjumpa Ambiga bersama 15 orang lain pada 15 November 2010. Isu dakwat kekal, pengundi hantu, daftar pemilih yang tidak bersih, isu nak minta umur pengundi dikurangkan daripada 21 tahun kepada 18 tahun, tempoh berkempen dipanjangkan kepada 21 hari semua kita sentuh dan beri penjelasan satu persatu dari aspek buruk baiknya pada negara. Mereka berpuas hati," katanya. Menurutnya, SPR bukan hanya bertanggungjawab kepada Bersih 2.0 sebaliknya semua rakyat malah menyifatkan tuntutan Bersih hanya suara 10 peratus rakyat di negara ini. Katanya, pembangkang menggunakan Bersih sebagai strategik mengekalkan momentum kebencian rakyat bagi meraih simpati untuk memenangi pilihan raya umum. "Ini dapat dibuktikan apabila ada ura-ura pilihan raya umum akan diadakan dalam jangka masa dekat, Bersih akan timbul dengan perjuangan yang memburuk-burukkan kerajaan dan SPR. "Apabila pilihan raya umum ke 12 hendak diadakan pada 2008, Bersih melakukan demontrasi haram pada akhir tahun 2007. Akibat daripada perhimpunan haram tersebut, pihak polis menyuraikan dengan menembak gas pemedih mata dan sebagainya dan ini dapat menunjukkan kekejaman kerajaan. "Mereka berjaya cipta momentum kebencian rakyat dan apabila pilihan raya umum ke 12 diadakan, mereka menang banyak kerusi tanpa dijangka," katanya. Wan Ahmad berkata, apabila parti pembangkang menang banyak kerusi Dewan Undangan Negeri, Parlimen termasuk berjaya menjadi pemerintah lima buah negeri pada masa itu, tiada didengar perjuangan Bersih sehingga akhir tahun 2010. "Akhir 2010 apabila mereka mendapat ura- ura pilihan raya umum ke-13 akan berlaku dalam masa terdekat, Bersih tampil semula mendesak SPR berjumpa dan isu kononnya pilihan raya tidak adil timbul. "Januari 2011, Bersih mendesak untuk berjumpa SPR. Pada masa itu SPR sudah mendapat isyarat Pilihan Raya Negeri Sarawak akan diadakan dalam masa terdekat. SPR meminta Ambiga bersabar dan akan berjumpa selepas Pilihan Raya Sarawak dan mereka terus mendesak," katanya. Katanya, tindakan mendesak berjumpa SPR itu menimbulkan persoalan di mana ia dilihat untuk mencipta kembali momentum pilihan raya umum ke-12 dengan harapan kebencian rakyat dapat dizahirkan dengan mengundi pembangkang. "Mereka kata tidak boleh tangguh dan perlu diadakan perjumpaan segera. Apa agenda Bersih sehingga tergesa- gesa sebegitu? "Kalau mereka memperjuangkan isu- isu pilihan raya, isu ini adalah isu sepanjang masa. Ini tidak, selepas PRU12, tahun 2009 pun boleh perjuangkan. Tapi mereka tunggu saat akhir di mana negara hendak menghadapi PRU13, mereka nak cipta momentum baru," katanya. Wan Ahmad berkata, kelemahan rakyat di negara ini dalam menghadapi pilihan raya tidak berfikir panjang sebaliknya menterjemahkan undi mereka atas dasar simpati. "Sebab itu tidak mustahil Bersih 3.0 akan diadakan dengan harapan jika pilihan raya umum ke-13 diadakan, bertambahlah kerusi mereka. "Dalam hal ini, saya berpendapat Ambiga diperalat dan terperangkap. Ambiga sedar dirinya diperalat tetapi sudah terlambat dan tidak boleh lari menghadapi agenda politik pembangkang," katanya. Beliau berkata, jika Bersih ikhlas untuk memperjuangkan isu pilihanraya untuk kepentingan semua rakyat Malaysia, badan itu perlu mendaftar pertubuhan secara sah. "Malah saya pernah berkata dengan Ambiga jika Bersih hendak kekal sebagai badan berkecuali perlu jauh dari parti politik. Ini kerana Bersih memperjuangkan tuntutan parti pembangkang sebaliknya tuntutan rakyat. Logiknya sekarang ini Bersih diperalat oleh parti pembangkang. "Jika dilihat keikhlasan Bersih. Dari sudut Istana Negara apabila terima permohonan untuk mengadap oleh Ambiga mewakili Bersih. Apabila beliau mengadap Yang di-Pertuan Agong, mengapa tidak diserahkan memorandum tersebut?. Ini membuktikan tujuan bukan menegakkan tuntutan sebaliknya hendak adakan demontrasi," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Sinar Harian :: Suara Cakna Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan