Sinar Harian :: Suara Cakna |
Bekas Presiden Brazil meninggal dunia Posted: 02 Jul 2011 05:00 PM PDT Bekas Presiden Brazil meninggal dunia
SAO PAULO - Bekas Presiden Brazil, Itamar Franco, 81, (gambar) meninggal dunia akibat penyakit leukemia, semalam.
|
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Franco membantu menamatkan inflasi melampau di Brazil pada awal 1990-an dan menyumbang kepada perkembangan pesat ekonomi Brazil sekarang. Pemimpin itu melaksanakan rancangan membaik pulih ekonomi Brazil secara besar-besaran dan berjaya menamatkan masalah kewangan negara yang berlarutan selama dua dekad semasa beliau memegang jawatan presiden pada 1992 hingga 1994. |
Susilo lantik adik ipar sebagai ketua tentera Posted: 02 Jul 2011 05:00 PM PDT Susilo lantik adik ipar sebagai ketua tentera
JAKARTA - Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono melantik adik ipar beliau sebagai ketua angkatan tentera baru di negara itu, Khamis lalu.
|
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Kenaikan pangkat Pramono Edhie Wibowo daripada leftenan jeneral kepada jeneral penuh mencetuskan spekulasi bahawa Susilo, yang juga bekas jeneral, melatih adik kepada isterinya itu untuk menjadi presiden Indonesia. Wibowo, 56, tamat belajar di akademi tentera pada 1980 dan memimpin pasukan khas Kopassus pada 1999 serta pernah menjadi pembantu kepada bekas presiden, Megawati Sukarnoputri. Dia dilantik menggantikan Jeneral George Toisutta yang akan bersara. Namun Wibowo menolak dakwaan pemilihannya adalah akibat amalan nepotisme Susilo sebaliknya menegaskan proses pemilihan itu mempunyai mekanisme sendiri. |
You are subscribed to email updates from Sinar Harian :: Suara Cakna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan