Isnin, 4 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Suspek bunuh kekasih direman

Posted: 03 Jul 2011 05:00 PM PDT

Suspek bunuh kekasih direman

AYER KEROH - Suspek utama kes bunuh seorang wanita warga emas yang juga ibu kepada kekasih lama suspek, ditahan reman selama tujuh hari selepas mendapat kebenaran mahkamah, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, perintah reman bermula semalam itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Majistret, Syarina Shaarani @ Tan selepas dipohon polis bagi tujuan melengkapkan siasatan.

Menurutnya, suspek seorang pereka grafik iklan dan jurugambar sambilan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Semalam, Sinar Harian melaporkan seorang lelaki nekad menikam bekas kekasihnya bertubi-tubi demi menagih cinta lama dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Baru Ayer Salak, Bukit Rambai, dekat sini, malam Jumaat lalu.

Selain menikam Lim Mui Tiang, 32, suspek turut menikam dan mengelar ibu mangsa, Ah Ngo, 75, yang berada di rumah tersebut sehingga mati dalam kejadian kira-kira 11.45 malam itu.

Suspek yang juga rakan sekampung dan kenalan sejak di bangku sekolah bagaimanapun datang menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), kira-kira 11 pagi, kelmarin.

Butik pengantin hampir musnah

Posted: 03 Jul 2011 05:00 PM PDT

Butik pengantin hampir musnah

PETALING JAYA – Kebakaran berpunca dari stor hampir memusnahkan sebuah butik andaman pengantin di lot kedai-kedai bangunan tiga tingkat di Jalan SS2/72 di sini semalam.

Kejadian itu disedari oleh seorang lelaki yang terlihat api serta kepulan asap dari dalam butik berkenaan kira-kira jam 8 pagi sebelum bertindak menghubungi pasukan bomba dan penyelamat.

Bomba yang menerima panggilan dikejarkan dan tiba di lokasi kejadian kira-kira tiga minit kemudian dengan kekuatan 12 anggota dan dua jentera.

Penyelia Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Damansara, Mohd Habib Alias berkata, pasukannya berjaya mengawal api daripada merebak ke kedai bersebelahan.

"Hasil siasatan awal, kita mendapati kebakaran tersebut berpunca kerana pemilik butik ini memasang beberapa plug barang elektrik di satu soket yang juga digunakan untuk peti sejuk.

"Ini menyebabkan ia tidak dapat menampung arus elektrik itu kerana terlalu banyak lalu ia meletup dan sebelum memusnahkan keseluruhan perkakas elektrik," katanya ketika dihubungi semalam.

Menurut Penyelia Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Damansara, Mohd. Habib Alias, tindakan pantas pasukannya yang tiba dengan hanya mengambil masa 3 minit berjaya menyelamatkan kebakaran daripada merebak ke kedai bersebelahan.. Kata beliau, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pukul 8.19 pagi dan bergerak ke lokasi dengan menggunakan kekuatan 12 anggota dan dua jentera. "Siasatan awal kita mendapati, punca kebakaran adalah disebabkan pemilik butik telah memasang beberapa plug barang elektrik di satu soket yang juga digunakan untuk kegunaan peti sejuk.

"Disebabkan terlalu banyak menampung arus elektrik pada soket berkenaan ia telah menyebabkan letupan dan seterusnya memusnahkan keseluruhan perkakas elektrik hingga menjadi punca kebakaran itu," katanya ketika dihubungi semalam.

Menurutnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana ketika kejadian tiada seorang pun di dalam bukti itu memandangkan cuti hujung minggu.

Katanya, kerugian sedang disiasat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved