Sinar Harian :: Suara Cakna Anda |
Posted: 03 Jul 2011 05:00 PM PDT Tiada rundingan kedua: KPN
BUTTERWORTH - "Tiada lagi rundingan kedua kerana kita sudah buat keputusan muktamad mengharamkan penganjuran Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang dijadual 9 Julai ini".
Itu tegas Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkaitan perhimpunan disifatkannya sebagai sengaja mencetus huru-hara kerana matlamat penganjurannya tidak langsung berfaedah kepada rakyat sebaliknya bakal merugikan banyak pihak. Beliau berkata, polis tetap bertegas tidak akan berunding lagi dengan mana-mana pihak berkaitan kerana kebanyakan rakyat sudah bersuara melalui lebih 2,000 laporan polis di seluruh negara bagi menentang penganjurannya. "Majoriti rakyat tidak mahu perhimpunan haram sebegitu diteruskan kerana mereka lebih mengerti implikasinya kepada penduduk dan negara ini. "Jadi keputusan kita ialah tetap tidak membenarkannya menjadi kenyataan dan bersedia mengambil tindakan mengikut undang-undang," katanya selepas merasmikan Program Jom Cegah Jenayah di Plaza Tol Lingkaran Luar Butterworth di sini semalam. Turut hadir, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakub; Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Ghazali Md Amin, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Farizan Darus dan Panglima Enam Briged, Datuk Tajri Alwi. Sementara itu, Ismail mengarahkan Ayub menubuhkan jawatankuasa menyiasat dakwaan Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengenai sikap anggota polis di negeri ini yang di dakwa mengamalkan pilih kasih dalam mengambil tindakan. "Kita akan siasat tuduhan itu terutama ketika mengambil tindakan terhadap pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menganjurkan perhimpunan di Masjid Kapitan Keling dua hari lalu. "Kita akan melakukan tindakan berasaskan undang-undang yang dibenarkan dan tidak sama sekali memihak kepada mana-mana kumpulan atau pertubuhan," katanya. Menurutnya sebagai badan pelaksanaan undang-undang, polis tetap akan memberi keadilan kepada semua pihak. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Tidak perlu ejen pembantu rumah Posted: 03 Jul 2011 05:00 PM PDT Tidak perlu ejen pembantu rumah
KUALA LUMPUR - Majikan boleh menggaji pembantu rumah warga Indonesia secara terus tanpa melalui khidmat ejen atau agensi berkaitan apabila prosedur mengenainya dipersetujui oleh Malaysia dan republik itu.
|
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam berkata, perkara itu antara terkandung dalam Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani akhir Mei lepas. "Contohnya jika majikan ada pembantu rumah yang sedang bekerja tetapi sudah tamat tempoh dan mahu pulang ke negara asal, tempatnya boleh digantikan dengan ahli keluarga lain yang berminat, majikan boleh terus mengambilnya tanpa melalui saluran agensi," katanya selepas pelancaran program "My Skills 2011" oleh Presiden MIC, Datuk G Palanivel di Universiti Malaya. Beliau berkata, kadar baru juga sedang diperinci selepas 100 agensi ditemui, lebih 30 menyatakan persetujuan mengenakan bayaran pada kadar RM4,511 seperti terkandung dalam MoU itu. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Sinar Harian :: Suara Cakna Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan