Isnin, 4 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Misi terakhir Atlantis

Posted: 03 Jul 2011 05:00 PM PDT

Misi terakhir Atlantis WASHINGTON - Pesawat ulang alik Atlantis sedia untuk dilancarkan Jumaat ini dalam program terakhir penerokaan manusia ke angkasa lepas di Amerika Syarikat sejak 30 tahun lalu.

Ia dijadual berlepas dari Pusat Angkasa Kennedy bagi menjayakan misi selama 12 hari di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).

Seramai empat angkasawan, ditugaskan melakukan penyelidikan terakhir dengan membawa bekalan peralatan seberat 3,600 kilogram dan juga membawa pulang pam ammonia yang rosak kembali ke bumi.

Penerbangan ke ISS itu menandakan misi ke-37 dan terakhir pesawat Atlantis sebelum ia ditempatkan di Pusat Angkasa Kennedy bagi menjadi tarikan baru pelancong.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bekas jeneral dihalau hakim

Posted: 03 Jul 2011 05:00 PM PDT

Bekas jeneral dihalau hakim THE HAGUE - Bekas jeneral tentera Serbia, Ratko Mladic, diarah keluar oleh hakim di mahkamah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), selepas enggan membuat akuan dan mengganggu cubaan hakim membacakan tuduhan ke atasnya, semalam.

Hakim Alphons Orie, beberapa kali menegur perbuatan biadab Mladic kerana mengganggu proses perbicaraan, sementara tertuduh menegaskan dia patut dibenarkan memilih barisan peguam belanya sendiri dan bukannya diwakili peguam yang dilantik mahkamah.

"Tidak, tidak, saya tidak akan mendengar ini tanpa peguam saya," jerit Mladic semasa Orie membacakan dakwaan ke atasnya.

Perbicaraan diteruskan selepas ditangguhkan sementara dan mahkamah membuat pengakuan tidak bersalah bagi pihak Mladic.

Mladic, 69, ditahan selepas 16 tahun hidup dalam pelarian dan menafikan terlibat serta merancang pembunuhan kejam seramai 8,000 lelaki Islam serta kanak-kanak di Srebrenic, Bosnia pada 1995.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved