Sinar Harian :: Suara Cakna Anda |
Pemandu pelancong edar dadah dijatuhi hukuman gantung sampai mati Posted: 03 Jul 2011 05:00 PM PDT Pemandu pelancong edar dadah dijatuhi hukuman gantung sampai mati KUANTAN - Seorang pemandu pelancong dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini setelah didapati bersalah mengedar dadah jenis kanabis seberat 895.08 gram, hampir setahun lepas. Pesuruhjaya kehakiman Datuk Mariana Yahya menjatuhi hukuman tersebut terhadap Lokman Borhan, 54, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah. Lokman didakwa mengedar dadah tersebut di rumah bernombor 11, Lorong Kubang Buaya 47, Taman Kubang Buaya 3 di sini kira-kira 9.20 malam pada 7 Ogos 2010. Dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori. Tertuduh juga dijatuhi hukuman penjara empat tahun dari tarikh tangkap atas pertuduhan kedua iaitu memiliki lima paket plastik lutsinar yang mengandungi dadah disyaki kanabis seberat 22.39 gram pada waktu dan tempat sama mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234) dan boleh dijatuhi hukuman menurut Seksyen 39A(1) akta sama. Sembilan saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan dipanggil ketika perbicaraan kes tersebut. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Fadli Mahmud manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Mohamad Shariff Abu Samah. - Bernama |
560 pangsapuri PR1MA di jual RM120,000 seunit di Putrajaya Posted: 03 Jul 2011 05:00 PM PDT 560 pangsapuri PR1MA di jual RM120,000 seunit di Putrajaya PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan 560 unit pangsapuri di Presint 11 di sini yang akan dibina bawah Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) akan dijual pada harga yang sudah didiskaun RM120,000 seunit. Ia merupakan harga yang lebih rendah daripada harga rumah di bawah Program PR1MA yang ditetapkan antara RM150,000 dan RM300,000. Projek di Presint 11 yang akan dimajukan oleh Putrajaya Holdings Sdn Bhd ini merupakan tapak pertama yang dikenal pasti di bawah fasa pertama Program PR1MA itu. Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata projek pertama itu akan menyediakan 560 unit pangsapuri di kawasan seluas 3.04 hektar (7.6 ekar) dengan keluasan 1,006 kaki persegi dan 815 kaki persegi. "Projek perumahan ini akan dilengkapi dengan dewan serbaguna, taska, tadika, surau, lot-lot perniagaan dan kedai," katanya semasa berucap melancarkan fasa pertama Program PR1MA di sini hari ini. Program PR1MA adalah bagi membantu golongan berpendapatan sederhana menghadapi kesulitan untuk memiliki rumah kerana tidak mampu membeli rumah berharga tinggi tetapi pada masa sama tidak layak dipertimbangkan dalam program perumahan kos rendah. Perdana Menteri juga turut mengumumkan bahawa selain Presint 11, banyak lagi rumah di bawah Program PR1MA akan dibina di pusat pentadbiran kerajaan persekutuan ini. Katanya 5,284 unit rumah akan dibina dalam tempoh lima tahun akan datang. Daripada jumlah itu, katanya 1,317 unit akan dibina pada tahun hadapan, 1,107 unit pada 2013 dan selebihnya pada 2015 dan 2016. Sehubungan itu, katanya RM9 juta akan diperuntukkan kepada Putrajaya
Holdings sebagai dana mudah cara bagi memastikan rumah-rumah tersebut ditawarkan
pada harga yang ditetapkan oleh kerajaan. "Saya tidak mahu ada keuntungan dan kerugian di sini. Asalkan pulang modal (sudah) cukup," kata Najib. Kerajaan telah pun mengenal pasti 20 tapak strategik di sekitar Lembah Klang, Rawang dan Seremban bagi membina 42,000 unit rumah berharga tidak melebihi RM300,000, katanya. - Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Sinar Harian :: Suara Cakna Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan