Isnin, 4 Julai 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Projek tanaman getah terbiar

Posted: 03 Jul 2011 05:00 PM PDT

Projek tanaman getah terbiar KAMPUNG AUR – Sekali pandang, mungkin ramai beranggapan kawasan tanah bukit di Kampung Aur, di sini, hanya hutan belukar, namun siapa sangka di situ terdapat Projek tanaman Semula Berkelompok (TSB) Getah yang dimajukan Risda sejak empat tahun lalu.

Tanah seluas 93.6 hektar itu yang dipenuhi semak samun telah memberi kesan terhadap tanaman getah di situ.

Seramai 37 peserta projek terpaksa berhadapan risiko kerugian akibat pokok getah diancam musuh tanaman dari kawasan semak berkenaan.

Peserta mendakwa, anak pokok getah tidak dapat membesar dengan baik kerana dimusnahkan babi hutan, selain menjadi makanan ternakan kampung seperti lembu dan kambing.

Ancaman haiwan liar

Seorang penduduk, Roslan Abas, 49, berkata, kawasan itu menjadi tumpuan babi hutan mencari makanan dengan menjadikan anak benih pokok getah sebagai sasaran.

Menurutnya, benih getah yang berjaya tumbuh juga bakal berdepan masalah lain seperti pembesaran terjejas akibat pokok tidak dijaga dengan baik.

"Projek tanaman getah ini sering diancam dengan serangan babi liar dan haiwan ternakan seperti lembu dan kambing yang memakan benih atau anak getah baru tumbuh," katanya kepada Sinar Harian.

Kekesalan yang sama turut disuarakan seorang peserta, Jala Heng, 67, yang kecewa kawasan itu tidak dijaga dengan baik hingga didatangi 'tetamu' tidak diundang.

Menurutnya, keadaan itu juga menyebabkan pokok yang ditanam tidak menunjukkan perkembangan memberangsangkan.

"Banyak pokok getah yang ditanam rosak dan keadaan ini sudah tentu menjejaskan hasil pengeluaran di sini, sedangkan sepatutnya pokok ini sudah tumbuh dengan baik tanpa sebarang masalah," katanya.

Projek disifatkan gagal

Batin Kampung Pelam, Husin Dagang berkata, dia bersama dua lagi penduduk Orang Asli yang terpilih sebagai peserta, kecewa projek itu seolah-olah gagal kerana tidak dapat membantu penduduk susah di kampung itu.

Katanya, projek itu sepatutnya dijaga dengan baik oleh Risda, tambahan ia terletak di tepi jalan masuk ke Kampung Aur.

"Matlamat kerajaan membasmi kemiskinan penduduk luar bandar tidak tercapai sekiranya terdapat pihak yang tidak bersungguh-sungguh hendak membantu penduduk," katanya.

Husin berkata, keadaan semak samun di kawasan itu perlu dibersihkan segera bagi memastikan projek dapat dijalankan dengan baik, selain berharap Risda dapat menjalankan aktiviti tanaman semula benih getah yang telah musnah.

"Saya difahamkan terdapat 1,200 pokok ditanam untuk projek ini, namun kini hanya tinggal 100 pokok yang masih tumbuh, namun berhadapan pula ancaman binatang dan sebagainya," katanya.

Bina pagar bersesuaian

Ketua UMNO Cawangan Kampung Aur, Nura Hamidi Mat berkata, masalah itu dapat diselesaikan jika ada kerjasama antara pihak Risda dan peserta.

Menurutnya, Risda juga perlu meneliti permohonan yang dikemukakan peserta bagi mengatasi masalah itu.

Beliau berkata, pembinaan pagar yang tidak bersesuaian menjadi faktor kawasan projek mudah dicerobohi haiwan liar.

Katanya, peserta mencadangkan Risda membina pagar kawat BRC yang boleh menghalang haiwan itu masuk ke dalam kawasan tanaman.

"Sebagai langkah permulaan kami mencadangkan Risda membina kawat duri bagi menghalang kemasukan binatang liar ke dalam hutan yang boleh menjejaskan benih serta hasil getah pada masa akan datang," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved