Isnin, 4 Julai 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

NGO bantah demo haram

Posted: 03 Jul 2011 05:00 PM PDT

NGO bantah demo haram KULAIJAYA – Seramai 100 penduduk dari 15 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkumpul secara aman di Tapak Pasar Tani, Indahpura di sini pagi semalam bagi membantah semua bentuk demonstrasi haram di negara ini.

Antara NGO yang terbabit dalam perhimpunan aman itu termasuk Pertubuhan Belia Jati Murni Jaya (PBJMJ), Belia 4B Felda Taib Andak, Belia 4B Bandar Kulai, Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah (Pekida) Kulaijaya, Persatuan Xiang Lian Kulaijaya dan Kelab Belia Bell Tamil.

Himpunan itu yang berlangsung pada jam 10.30 pagi semalam menggesa supaya orang ramai menjauhi mana-mana demonstrasi haram dan mereka bersurai secara aman kira-kira 15 minit kemudian.

Pengerusi PBJMJ, Mohd Azam Saadon berkata, himpunan itu bertujuan membantah Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) serta Himpunan Patriot oleh Pemuda UMNO yang akan mengadakan perhimpunan pada 9 Julai ini dan membantah demonstrasi terhadap kepimpinan di Pulau Pinang oleh 1,500 ahli NGO, Jumaat lalu.

"Kami berharap pihak berkuasa dapat menghalang ketiga-tiga pihak (Bersih, Patriot dan NGO yang terbabit demonstrasi di Pulau Pinang) dengan apa cara sekalipun agar demonstrasi haram tidak berlaku di negara ini.

"Ia hanya memberi keburukan yang amat dahsyat kepada negara dan rakyat. Sehubungan itu kami turut berharap kepada belia dan orang ramai di sini agar tidak menyertai mana-mana perhimpunan haram," katanya.

Selain itu katanya, beberapa wakil NGO akan turut membuat laporan polis selepas himpunan aman itu dijalankan bagi membantah perhimpunan yang bakal diadakan pada 9 Julai ini di ibu negara.

Sementara itu, Pengerusi Penaja Pekida Kulaijaya, Zubir Othman turut menegaskan pendirian pihak NGO yang tidak mahu diperalatkan demi kepentingan politik mana-mana pihak.

"Perhimpunan itu merupakan agenda politik pihak-pihak tertentu dan kami sebagai pertubuhan bukan kerajaan tidak seharusnya dilibatkan.

"Pekida dan NGO lain amat mementingkan keamanan dan saya tidak mahu ahli Pekida membabitkan diri dalam mana-mana demonstrasi haram.

"Kami juga turut menyokong tindakan pihak berkuasa membuat tangkapan dan mengambil sebarang tindakan wajar bagi mengekang demonstrasi haram di negara ini daripada berlaku," katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan Xiang Lian Kulaijaya, Chong Chee Hsing berharap pihak yang terbabit menganjurkan perhimpunan haram agar mengambil kira kepentingan masyarakat yang tidak menyokong tindakan mereka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved