Selasa, 5 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Gesa tarik gelaran Datuk

Posted: 04 Jul 2011 05:00 PM PDT

Gesa tarik gelaran Datuk KUALA LUMPUR – Alternative Action Team (AAT) dan Kelab Perpaduan Insan Selangor menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin semalam bagi menggesa gelaran Datuk dikurniakan kepada Datuk Ambiga Sreenevasan ditarik balik.

Memorandum terbabit yang turut mendapat sokongan hampir 10 badan bukan kerajaan (NGO) lain diserahkan oleh Pengerusi AAT, Kalai Vanar kepada Setiausaha Sulit Kanan kepada Yang di-Pertuan Agong, Datuk Mohd Zuki Ali kira-kira jam 10.30 pagi.

Kalai berkata, NGO berkenaan turut menggesa kewarganegaraan penganjur perhimpunan haram Gabu�ngan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) dilucutkan.

Menurutnya, beliau menyifatkan Ambiga sebagai pengacau negara yang cuba mencetuskan kekecohan.

"Kami percaya Ambiga sengaja mengadakan perhimpunan itu bertujuan untuk menggugat keamanan negara ini malah kami percaya ia adalah angkara pembangkang.

"Mengadakan perhimpunan seperti ini bukan tradisi kita dan ia perlu dibanteras," katanya ketika ditemui selepas menyerahkan memorandum terbabit.

Menurutnya, dia menyeru supaya rakyat Selangor khususnya supaya tidak menyertai perhimpunan haram pada Sabtu ini.

Dalam pada itu, Kalai berkata, Jumaat lalu pihaknya menjelajah ke 13 Dewan Undangan Negeri (DUN) menyeru kaum India supaya tidak terlibat dengan perhimpunan haram berkenaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Siasat dakwaan Ambiga terima dana asing

Posted: 04 Jul 2011 05:00 PM PDT

Siasat dakwaan Ambiga terima dana asing KUALA LUMPUR – Polis akan menyiasat berhubung dakwaan sebuah bank tempatan dikesan digunakan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0, Datuk S Ambiga untuk menerima dana daripada beberapa badan bukan kerajaan (NGO) asing.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyiasat perkara itu.

"Kita tidak perlukan kebenaran BNM untuk siasat berhubung kes terbabit, sebaliknya bekerjasama dengan pihak mereka.:

"Kita akan menyiasat sesiapa saja terlibat dalam perkara yang berlaku, sedang berlaku atau dirancang berlaku, yang menjurus kepada ketidaktenteraman awam," katanya pada sidang media selepas Pelancaran 'Command Post Exercise (CPX)' Polis Diraja Malaysia (PDRM) – Angkatan Tentera Malaysia (ATM), di Maktab PDRM, di sini, semalam.

Hadir sama, Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar.

Semalam, sebuah akhbar melaporkan, akaun bank berkenaan dikatakan menerima ratusan ribu ringgit dana asing.

Akaun terbabit didakwa satu daripada lima akaun dimiliki Bersih 2.0 itu.

Laporan itu mendakwa bank terbabit dikatakan menjadi pilihan NGO asing menjayakan hasrat mereka.

Ditanya mengenai titah Yang di-Pertuan Agong kelmarin yang mengingatkan rakyat supaya tuntutan demokrasi tidak membawa kepada kemusnahan negara, Ismail berkata, titah baginda patut dipatuhi.

"Ini semua untuk keamanan dan kesejahteraan negara. Kita akan ambil tindakan terhadap sesiapa saja yang menyalahi undang-undang negara," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved