Selasa, 5 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Maxis, kerajaan rapat jurang digital

Posted: 04 Jul 2011 05:00 PM PDT

Maxis, kerajaan rapat jurang digital Peneraju perkhidmatan telekomunikasi bersepadu Malaysia, Maxis Berhad (Maxis), komited mengadakan kerjasama dengan kerajaan untuk merapatkan jurang digital dalam program Kunjungan Mesra Rakyat 1Malaysia di Kampung Chennah, Jelebu, Negeri Sembilan.

Maxis telah melatih 20 peserta dari komuniti Kampung Chennah termasuk masyarakat Orang Asli dan 33 peserta di Kuala Klawang dalam program Train the Trainer Maxis.

Pengerusi Maxis, Raja Tan Sri Datuk Seri Arshad Raja Tun Uda berkata, Maxis bertuah kerana berpeluang menjalankan perniagaan yang dapat memberi manfaat kepada kehidupan orang ramai.

"Dengan akses Internet diberi, kami menyumbang ke arah mengurangkan halangan pendidikan, maklumat, kesihatan, perdagangan dan perkhidmatan lain," katanya.

Menurutnya, hasrat Maxis adalah membawa teknologi ke kawasan pedalaman terutama kepada mereka yang kurang berkemampuan atau tinggal di kawasan yang tidak boleh diakses.

"Tahun lalu Maxis melabur lebih RM80 juta di Sabah dan Sarawak sahaja. Namun, kami akan terus melabur dalam meningkatkan kualiti hidup dengan menyediakan sambungan ke kawasan geografi yang tidak mendapat perkhidmatan sepenuhnya," katanya.

Dalam pada itu, Maxis berbesar hati apabila berpeluang terlibat dalam projek Kampung Tanpa Wayar, yang juga merupakan inisiatif yang dikenal di bawah Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) yang dijangka dapat membantu mempercepatkan sasaran penembusan jalur lebar negara.

AirAsia X tawar promosi eksklusif

Posted: 04 Jul 2011 05:00 PM PDT

AirAsia X tawar promosi eksklusif Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia X, sekali lagi mengadakan promosi menawarkan tambang terendah ke semua rangkaiannya kecuali Tehran bermula dari Kuala Lumpur.

Penumpang boleh menikmati pengembaraan di Timur Asia dengan penerbangan ke China (Hangzhou, Tianjin, Cheng�du), India (Bombay, Delhi), Korea (Incheon) dan Jepun ( Haneda) serendah RM255 sehala.

Ketua pegawai eksekutifnya, Azran Osman Rani (gambar) berkata, kurang empat tahun, AirAsia X berjaya menerbangkan lebih lima juta penumpang ke-10 negara seluruh dunia.

"Pencapaian ini tidak mungkin dimiliki tanpa sokongan penumpang. Kami menjangka jumlah penumpang akan berganda dua tahun setelah menggunakan lima pesawat Airbus A330s terbaru," katanya.

Tawaran kelas ekonomi dan premium dibuka menerusi tempahan dalam talian dari 4 hingga 8 Julai ini bagi tempoh penerbangan dari 6 hingga 20 Jun 2012.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved