Selasa, 5 Julai 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Kereta mesra alam sekitar

Posted: 04 Jul 2011 05:00 PM PDT

Kereta mesra alam sekitar SKUDAI - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mempertaruhkan kereta mesra alam sekitar, H-11, yang menggunakan hidrogen sebagai bahan bakar sempena pertandingan Shell Eco-Marathon (SECOM) 2011 peringkat Asia di Litar Antarabangsa Sepang mulai 6 hingga 9 Julai ini.

Kenderaan yang dikenali sebagai H-11 dihasilkan Persatuan Kejuruteraan Automotif (SAE) UTM yang dianggotai 22 mahasiswa dalam bidang kejuruteraan, automotif, pengurusan mekanikal dan industri.

Kenderaan dengan berat 190 kilogram itu menggunakan bahan gentian kaca dan polikarbonat di bahagian badannya dengan kos keseluruhan RM70,000.

Naib Canselor UTM, Profesor Datuk Dr Zaini Ujang berkata, UTM menjalankan kajian hampir setahun terhadap enjin sel minyak atau menggunakan hidrogen sebagai bahan bakar bagi kegunaan kenderaan bermotor seperti motosikal dan kereta.

"Pertandingan ini lebih kepada pertandingan menghasilkan kenderaan yang mesra alam sekitar dan bukan dinilai dari sudut kelajuan sesuatu kenderaan tetapi bagaimana mencari sumber alternatif bagi menggantikan bahan bakar yang sedia ada," katanya melancarkan dua kenderaan itu, di sini, semalam.

Sementara itu, menurut Penasihat Akademik SAE, Profesor Madya Pakharuddin Mohd Samin, UTM akan menghantar tiga pasukan iaitu dua daripada UTM Kampus Skudai dan satu daripada UTM Kampus Kuala Lumpur yang akan berentap bersama 129 kumpulan dari seluruh Asia, iaitu 20 pasukan daripadanya merupakan institusi pengajian tinggi dari Malaysia yang akan menyertai SECOM 2011.

"Selain H-11 yang bertanding dalam kategori Konsep Urban, kami juga menyertai kategori Prototaip dengan menggunakan Claria V3, sebuah kenderaan roda tiga yang menggunakan gasolin sebagai bahan bakarnya," katanya kepada media di UTM Skudai, di sini, semalam.

UTM menyalurkan peruntukan RM140,000 bagi tujuan penyediaan dua kenderaan tersebut.

Pakharuddin berkata, SAE telah dapat menghasilkan kenderaan dengan reka bentuk yang menarik dan mencapai objektif iaitu menggunakan peralatan yang mempunyai berat minima bagi mengurangkan penggunaan bahan bakar.

"Pemenang pertandingan itu akan ditentukan mengikut jarak yang mampu dicapai bagi setiap kenderaan dengan penggunaan satu kilogram hidrogen.

"Sasaran yang ingin dioptimumkan pasukan UTM catatan 700 kilometer, di mana rekod sedia ada kini ialah 635 kilometer," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved