Selasa, 5 Julai 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Kes curi terbongkar

Posted: 04 Jul 2011 05:00 PM PDT

Kes curi terbongkar KUALA ROMPIN – Kegiatan sekumpulan pencuri anak benih pokok kelapa sawit di Tapak Semaian Felda Selendang 2, di sini, terbongkar apabila lori yang membawa muatan hasil curi itu tersangkut ketika menaiki sebuah bukit di Blok 3 Felda Selendang 1, Jumaat lalu.

Lebih memalukan, perbuatan mencuri benih sawit itu dipercayai dilakukan ketika umat Islam menunaikan solat Jumaat, namun tindakan mereka disedari seorang peneroka yang baru keluar dari ladang sawit berhampiran.

Kes kecurian sawit di Felda Selendang menjadi 'buah mulut' peneroka sejak sekian lama, namun dalang di sebalik kejadian itu hanya diketahui sebaik saja tertangkapnya enam suspek termasuk seorang warganegara Indonesia dalam kejadian itu.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin berjaya menahan semua suspek serta merampas sebanyak 300 benih anak pokok kelapa sawit bernilai RM4,500.

Lori dalam keadaan mencurigakan

Seorang saksi kejadian, Mustafa Cha, 45, berkata, sebaik saja keluar daripada ladang sawitnya, dia curiga apabila mendapati sebuah lori membawa muatan benih sawit tersangkut ketika mahu mendaki bukit di sebuah jalan ladang.

Mustafa berkata, pada masa kejadian, dia hanya melihat kelibat pemandu lori dipercayai warganegara asing dalam keadaan mencurigakan apabila ditanya beberapa soalan hingga menimbulkan keraguan kepadanya.

Menurutnya, setelah didesak dengan pelbagai pertanyaan, akhirnya lelaki itu mengaku benih itu diperoleh dari Tapak Semaian Felda Selendang 2.

"Untuk mengeluarkan anak pokok benih sawit, seharusnya mereka menunjukkan bukti kelulusan daripada Felda Wilayah Kuantan, namun jawapan diberikan suspek meragukan kerana tidak memperoleh surat kelulusan seperti yang dipinta," katanya.

Mustafa berkata, pasukan Ikatan Relawan Rakyat (Rela) yang dimaklumkan berhubung kegiatan itu terus bergegas ke tempat kejadian untuk membuat kawalan keselamatan berterusan sebelum ia dilaporkan kepada polis.

Rela buat pemantauan berterusan

Seorang anggota Rela, Ahmad Akhbal M Kunhi Mohamed berkata, selepas diberitahu berhubung perkara itu, pasukan Rela dikerahkan untuk mengawal di kawasan itu sebelum kehadiran polis.

Ahmad Akhbal berkata, Rela membuat kawalan sehingga malam keesokannya (Sabtu) untuk memastikan hasil curi itu tidak dikebas pihak lain selain mahu penjenayah itu diberkas serta-merta.

"Kami ditugaskan mengawal tempat itu sebelum ia dilaporkan kepada polis untuk siasatan lanjut bagi mengesan semua suspek yang menjadi dalang kejadian itu," katanya.

Sering dibangkitkan dalam mesyuarat

Pengerusi Biro Masyarakat dan Sosial Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) Felda Selendang, Mohamad Ibrahim berkata, kes kecurian sawit di Felda sering dibangkitkan dalam mesyuarat JKKR dan pengurusan Felda.

Bagaimanapun, menurutnya, perkara itu gagal ditangani berikutan suspek di sebalik kejadian itu gagal diberkas selain ia tidak dilaporkan pengurusan Felda kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Perkara ini sering saya suarakan, namun tiada tindakan susulan diambil, namun ia berjaya diselesaikan apabila semua suspek ditahan polis untuk membantu siasatan berhubung kejadian itu," katanya.

Bertindak selepas terima maklumat

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya berkata, hasil pemeriksaan, polis berjaya merampas semua barang kes dan menahan lima suspek rakyat tempatan serta seorang warganegara Indonesia berusia dalam lingkungan 20-an hingga 40-an.

Katanya, polis memandang serius kejadian itu dan kini sedang menjalankan siasatan ke atas semua suspek yang dipercayai terbabit secara langsung dalam aktiviti tidak bermoral seperti itu.

"Kita menahan semua suspek dan menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved