Selasa, 5 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Ke mana hilangnya Melayu?

Posted: 04 Jul 2011 05:00 PM PDT

Sasterawan Negara Allahyarham Dr Usman Awang atau nama penanya, Tongkat Warrant dalam puisinya bertajuk 'Melayu' menulis:

"Orang Melayu itu kaya falsafahnya,

Akar budi bersulamkan daya,

Melayu itu orang yang bijaksana,

Nakalnya bersulam jenaka,

Budi bahasanya tidak terkira,

Kurang ajarnya tetap santun,

Bila mengampu bijak beralas tangan."

Itulah orang Melayu, dalam marah ada sendanya. Tetapi melihat apa yang berlaku hari ini, adakah sesetengah orang Melayu itu masih boleh digelar kuat agama, kaya adat, penuh tatasusila lagi mulia serta budiman?

Mana hilangnya sifat orang Melayu pemimpin-pemimpin kita yang hanya mementingkan kuasa dan sanggup melakukan apa sahaja untuk kekalkan kuasa yang ada. Bagaimana kita boleh terus menerima mereka yang telah hilang kemelayuannya dan ciri-cirinya seperti digambarkan oleh Usman dalam sajaknya yang sama:

"Melayu itu berani jika bersalah,

Kecut takut kerana benar,

Janji simpan di perut,

Selalu pecah di mulut,

Biar mati adat, Jangan mati anak."

Jika ini menjadi inti pati roh bangsa mana mungkin perbuatan mereka bergelar pemimpin Melayu ini boleh diterima lagi.

Adakah 15 juta orang Melayu berasa bangga dan terus memberikan mandat kepada pemimpin seperti ini yang hanya guna gelaran Melayu untuk kepentingan politik sempit serta perompakan ekonomi rakyat demi kelompok kroni mereka sendiri?

Lihat bagaimana mereka ini menggunakan adegan lucah untuk menyerang maruah orang yang bukan sahaja dituduh, malah dipertontonkan secara terbuka di semua saluran dikuasai - internet, akhbar, televisyen, bahkan juga mahkamah - untuk disaksikan anak-anak kecil dan warga emas yang sepatutnya dipelihara maruah dan rasa hormat. Siapa sebenarnya yang berterusan mencemar nama Melayu?

Bagaimana pemimpin Melayu terus mencemar dan mengotorkan maruah Melayu, yang sudah 'kotor' yang pernah dituduh mencabul gadis sunti atau yang rasuah politik wang dihadiahkan dengan kedudukan tinggi badan-badan kerajaan milik rakyat. Siapa sebenarnya yang berterusan mencemar nama Melayu?

Dengarlah bagaimana pemimpin Melayu dipanjangkan umur oleh Allah SWT selepas serangan jantung yang sepatutnya bersyukur dan bertaubat atas dosa-dosa lalu seperti ugutan fitnah dan kekerasan terhadap hak rakyat, terus diberikan laluan dan perlindungan undang-undang, terus bersuara curang berdegar-degar menyebarkan fitnah. Siapa sebenarnya yang berterusan merendahkan martabat Melayu?

Tanpa mengira halal atau haram menggelapkan wang rakyat beratus bilion untuk kegunaan keluarga melalui pemberian kontrak atau pembelian harta rakyat dengan harga tinggi yang tidak masuk akal terus berlaku. Siapa sebenarnya yang berterusan merompak bangsa Melayu? Berjuta-juta rakyat di'muflis'kan, sengsara dengan kos sara hidup melambung, gaji mendatar, peluang pekerjaan mengecil, hutang pendidikan dan peribadi menggunung, kontrak dan penswastaan bersubsidi berat sebelah, bayaran hasil ladang warga Felda yang mencurigakan, tanah warisan yang dirampas dan seribu lagi beban yang dipaksa dipikul oleh rakyat sedangkan pemimpin Melayu BN dan keluarga serta kroni mereka makan tanggung dan melepas cangkung. Siapa sebenarnya yang berterusan memufliskan Melayu?

Bagaimana kita boleh berterusan menerima pemimpin-pemimpin Melayu yang ini terus memenjarakan jiwa, politik dan ekonomi Melayu dengan hujah-hujah kuno, melaungkan ketuanan Melayu yang tidak diperjuangkannya untuk terus kekal memegang kuasa, mempertahankan keluarga, kroni, dan kocek mereka sendiri.

Pemimpin-pemimpin Melayu BN ini bukannya mempertahankan maruah dan nama baik bangsa Melayu yang terus-terus diulit dengan kemiskinan, dibelenggu dengan hutang, diperhambakan untuk kepentingan pemimpin dan terus disogok dengan cerita-cerita dongengan serta terus dipinggirkan di desa yang penuh dengan kesengsaraan. Sudahlah Politik bangsa dikotorkan, ekonomi bangsa pula lagi dijahanamkan ini kan pula maruah, harga diri dan roh bangsa pula yang mahu terus diperkosa dengan pemerintahan Negara Polis yang anti-demokratik berwajah dan bernamakan Melayu.

Mana perginya keberanian kita?

Mana perginya maruah kita?

Mana perginya keimanan kita?

Mana perginya harga diri kita?

Mana perginya... kita?

Dan kita kembali kepada bait-bait nukilan Tongkat Warrant dalam sajaknya itu tadi, sebagai azimat pembekal semangat di hari-hari yang semakin merunsingkan ini:

"Jangan takut melanggar pantang

Jika pantang menghalang kemajuan;

Jangan segan menentang larangan

Jika yakin kepada kebenaran;

Jangan malu mengucapkan keyakinan

Jika percaya kepada keadilan."

Cukuplah!

* Nurul Izzah Anwar ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mungkin sejarah akan berulang?

Posted: 04 Jul 2011 05:00 PM PDT

Arus sejarah kontemporari Malaysia sudah terencat. Dari mara ke hadapan, ia telah kembali ke belakang, mengulangi masa silam: Kes Sodomi 1, Kes Sodomi 2, Bersih 1 dan Bersih 2.

Ada yang mengatakan bahawa masalah politik ini tidak member kesan kepada ekonomi negara. Saya tidak bersetuju dengan hujah ini. Jika ekonomi Malaysia mahu berkembang ke tahap yang lebih tinggi, kita memerlukan transformasi politik- kita memerlukan suntikan ketelusan, kebertanggungjawaban dan dinamisme dalam suasana masyarakat yang terbuka. Malangnya, kuasa "kegelapan" terlalu kuat dan mendalam. Justeru, modal pelaburan yang keluar dan modal insan yang berduyun-duyun meninggalkan Malaysia merupakan kesan langsung dari kecekalan kerajaan untuk menolak agenda transformasi yang menyeluruh.

Apabila cerita mengenai Bersih 2.0 menjadi berita hangat beberapa minggu kelmarin, saya menyangka ia hanya membazir masa. Pada pendapat saya, agenda pergerakan sivil telah diketepikan dan masalah inflasi yang meningkat dan kenaikan harga barang telah menjadi masalah utama rakyat.

Sangkaan saya ternyata meleset, Bersih 2.0 ternyata kembali lebih "panas." Namun, ini bukan disebabkan oleh kepintaran pihak penganjur mempromosikan Bersih, tetapi kelemahan pihak kerajaan dalam mengatasi masalah ini.

Kenyaringan laungan di media yang mengkritik dan mengecam Bersih dan penganjurnya serta kecekalan pihak kerajaan untuk berdepan dengan Bersih telah membawa kita ke jalan buntu. Sejak beberapa minggu lepas, Bersih 2.0 telah menjadi obor untuk perubahan politik- membakar semangat perubahan yang memecahbelahkan perpaduan masyarakat.

Saya merasakan ini tidak masuk akal- objektif awal pergerakan ini mudah untuk diterima umum. Bagaimana kita boleh menolak panggilan untuk pilihan raya yang bersih dan adil?

Walaupun ramai yang tidak bersetuju dengan Bersih, kita seharusnya diingatkan tentang hak kebebasan berhimpun yang dijamin oleh Artikel 10 dalam Perlembagaan Persekutuan. Namun, sejak rusuhan kaum 1969, kerajaan Malaysia telah mengambil pandangan bahawa kebebasan seharusnya disekat kerana "takut" akan kekacauan.

Hakikat bahawa kita masih lagi takut akan bayang-bayang peristiwa 13 Mei membuktikan kegagalan kita dalam membangunkan hubungan antara kaum yang baik sejak 1969. Bukankah kita telah lebih matang kuat dan cekal sebagai satu bangsa?

Terdapat tiga lagi hujah yang ingin saya coretkan di sini:

Pertamanya- seperti yang telah saya perkatakan sebelum ini, internet, laman media sosial seperti Facebook and Twitter telah meratakan hierarki tradisional dan struktur pemerintahan lama.

Media arus perdana bukan lagi sumber tunggal untuk informasi dan pendapat. Peredaran zaman dan perubahan teknologi memerlukan perubahan pemikiran dari segi strategi parti politik, dan tentunya kerajaan yang memerintah.

Sememangnya, perubahan ini tidak ketara dalam pemimpin BN dan UMNO, yang majoritinya lebih gemar menyorok di belakang undang-undang daripada berdebat secara terbuka dan rasional.

Kedua, dalam berurusan dengan Bersih 2.0, kerajaan seharusnya sedar, bahawa pemain utama gerakan ini adalah Pas. Anwar Ibrahim tidak lagi begitu berkuasa. Ambiga Sreenevasan yang menolak keras tawaran Anwar bahawa beliau berkuasa untuk membatalkan perhimpunan itu, telah melemahkan kedudukan politik Anwar.

Tambahan lagi, ulama PAS bukan ahli politik biasa. Memukul atau menangkap Tuan Guru Hadi Awang akan menjadikan beliau bintang politik bersinar. Kekerasan terhadap ulama akan meningkatkan sentimen anti-kerajaan dan membawa Pas maju ke depan.

Ketiga dan terakhir, mungkin kita harus menghayati pesanan Winston Churchill, yang pernah berkata" mereka yang tidak belajar dari sejarah akan mengulanginya."

Banyak faktor-faktor yang telah membolehkan kemenangan besar Pakatan Rakyat dalam pilihan raya 2008 telah kembali - inflasi, keputusan pilihan raya negeri Sarawak, rasa tidak puas hati di kalangan masyarakat Cina dan Kristian serta rasa tidak puas hati masyarakat bandar dengan kos sara hidup yang tinggi.

Kini, Barisan Nasional dan UMNO tidak lagi menetapkan agenda. Sebaliknya, sengaja atau tidak, mereka kelihatan seperti mengikut telunjuk permainan politik pembangkang. Dalam konteks ini, adakah sejarah akan berulang? Apakah mungkin, Tsunami 1 akan disusuli oleh Tsunami 2?

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved