Selasa, 5 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Jangan pandang remeh titah Agong

Posted: 04 Jul 2011 05:00 PM PDT

Jangan pandang remeh titah Agong MELAKA - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta orang ramai tidak menyalah ertikan titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berhubung isu perhimpunan Bersih.

Beliau berkata, titah Tuanku Mizan itu bukan campur tangan dalam urusan negara, sebaliknya peringatan sebagai ketua negara dan perlu dipatuhi rakyat.

"Itu titah ketua negara yang tidak boleh kita pandang ringan. Ini adalah kenyataan bahawa isu perpaduan dan kesejahteraan rakyat serta keamanan negara ini penting.

"Masalah perhimpunan Bersih ini sudah sampai ke tahap membimbangkan dan kita bimbang sekiranya berlaku perkara tidak diingini.

"Hak ketua negara adalah memberi nasihat kepada semua pihak. Nasihat ketua negara ini harus dipandang dan dihormati serta jangan kita anggap remeh," katanya ketika mengadakan lawatan kerja sehari di Melaka, semalam.

Muhyiddin berkata, titah Yang di-Pertuan Agong itu tepat pada masanya kerana perhimpunan akan diadakan beberapa hari lagi, sedangkan ia diisytiharkan haram.

"Itu kesalahan dari segi undang-undang. Sebab itu, polis sudah ambil langkah pencegahan.

"Saya harap rakyat menghormati hal ini supaya kita dapat mengekalkan keamanan dan perpaduan di negara ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

NGO bantah blog hina sultan

Posted: 04 Jul 2011 05:00 PM PDT

NGO bantah blog hina sultan KUANTAN – Tindakan sebuah menyiarkan beberapa komen menghina Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah mendatangkan kemarahan kepada masyarakat di negeri ini.

Berikutan itu, enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tampil mendesak polis mengambil tindakan tegas terhadap penulis blog itu.:

Penulis blog dilihat seolah-olah mempersoalkan titah dan peranan sultan sebagai pemerintah.

Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Wan Emril Nizam Wan Embong yang mewakili semua NGO itu berkata, maklumat berkenaan diterima daripada seorang ahlinya pagi semalam sebelum membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah (IPD), Kuantan.

Beliau berkata, penulis blog itu dianggap tidak menghormati sistem pemerintahan yang sudah mengikut undang-undang dan memberi hak kebebasan kepada individu untuk bersuara melalui medium yang betul.

Blog tersebut menggambarkan penulis terbabit menyiarkan kenyataan yang menghina Sultan Pahang yang mahu rakyat negeri ini tidak menyertai perhimpunan haram Bersih 9 Julai ini.

Justeru katanya, pihak berkuasa tidak boleh berdiam diri dan perlu menyiasat segera blog terbabit supaya institusi diraja negara ini tidak terus menjadi bahan cacian oleh rakyat yang tidak bertanggungjawab.

Antara NGO terbabit ialah Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pahang, GPMS Pahang, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Pahang, Dewan Muda Perniagaan Melayu Malaysia (DMPPM) Pahang, Gerakan Belia 4B Kuantan dan Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Pahang.

Dalam laporan Sinar Harian Ahad lalu, Sultan Ahmad Shah secara peribadi menentang perhimpunan itu serta meminta kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang didapati terlibat dengan perhimpunan itu.

Baginda bertitah, perhimpunan itu hanya membawa banyak keburukan daripada kebaikan serta tidak memberi sebarang manfaat kepada rakyat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved