Ahad, 3 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sanggup tikam bekas kekasih

Posted: 02 Jul 2011 05:00 PM PDT

Sanggup tikam bekas kekasih MELAKA - Akibat mahu menagih cinta lama, seorang lelaki nekad menikam bekas kekasihnya bertubi-tubi di sebuah rumah dekat Kampung Baru Ayer Salak, Bukit Rambai, di sini, malam kelmarin.

Tidak cukup dengan itu, lelaki berkenaan turut menikam ibu mangsa yang berada dalam rumah berkenaan sehingga mati.

Dalam kejadian kira-kira 11.45 malam itu, mangsa, Lim Mui Tiang, 32, cedera parah akibat ditikam suspek berusia 33 tahun itu, manakala ibunya, Ah Ngo, 75, meninggal dunia selepas mengalami pendarahan teruk di badan.

Jurucakap polis berkata, sebelum kejadian, suspek yang merupakan kenalan sejak di bangku sekolah datang ke rumah mangsa untuk berbual-bual, kira-kira 7 malam sebelum berlaku pertengkaran sekitar 11 malam.

"Suspek yang sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak itu enggan pulang ke rumah walaupun diarahkan mangsa. Pertengkaran berlarutan apabila suspek mempelawa mangsa mengikutnya ke rumah, bagaimanapun mangsa enggan.

"Dia (suspek) dipercayai menjadi berang dan terus menikam mangsa bertubi-tubi di dapur menggunakan senjata tajam yang dipercayai dibawanya sendiri," katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Menurutnya, kedua-dua mangsa yang berlumuran darah ditemui terlantar di atas tilam di ruang tamu dan ketika kejadian suami Mui Tiang berada di luar negara atas urusan kerja.

Sementara itu, kakak mangsa, Lim Ah See, 48, berkata, ibunya sempat memberitahu abang mangsa, Lim Ah Lai, 50-an, mengenai tindakan suspek bagaimanapun dia disahkan meninggal dunia semasa dirawat di Hospital Melaka (HM).

"Saya dimaklumkan mengenai kejadian ini jam 1.30 pagi tadi (semalam). Pada mulanya saya fikir semua ini angkara perompak, tetapi tidak menyangka mereka diserang kenalan Mui Tiang," katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, suspek sudah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), kira-kira 11 pagi semalam.

"Siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa dipercayai ditikam di beberapa bahagian badan menggunakan senjata tajam yang masih belum dijumpai. Kes ini disiasat mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Beliau berkata, Mui Tiang yang cedera parah kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), HM.

Jangan simpati perhimpunan haram: TPM

Posted: 02 Jul 2011 05:00 PM PDT

Jangan simpati perhimpunan haram: TPM TAIPING - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, memberi amaran kemungkinan kuasa besar dunia akan campur tangan dalam urusan negara ini jika berlaku pergolakan akibat daripada perhimpunan haram oleh kumpulan pengacau pada 9 Julai ini.

"Apabila bergolak, kuasa besar boleh masuk, kita tidak mahu Malaysia yang dibangunkan sejak 50 tahun berdepan dengan masalah seperti itu," katanya semasa berucap pada Majlis Perjumpaan Rakyat di Padang Taman Kaya di sini.

Beliau berkata, apabila berlaku pergolakan, akan berlaku ketidakstabilan yang menjejaskan ekonomi dan merosakkan perpaduan antara kaum dan agama.

Muhyiddin berkata, rakyat tidak harus terjebak dengan perbuatan mungkar didalangi oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tetapi sebenarnya turut didokongi parti pembangkang yang bermatlamat untuk mengambil alih kerajaan supaya pemimpin mereka menjadi Perdana Menteri.

"Perjuangan kumpulan berkenaan kononnya sistem pilihan raya negara tidak bersih dan tidak adil hanya alasan kerana sudah 12 kali pilihan raya umum diadakan dan setiap kali pilihan raya, rakyat diberi peluang membuat pilihan.

"Rakyat perlu menjauhinya perhimpunan haram, jangan simpati dan perlu kutuk sekeras-kerasnya perbuatan yang merosakkan perpaduan," katanya.

Muhyiddin berkata, usaha yang dijalankan oleh kumpulan berkenaan juga mempunyai motif untuk menaikkan semangat penyokong parti pembangkang terutama yang pemimpinnya sedang menghadapi masalah imej yang menurun kerana bergelut dengan pelbagai masalah politik dan perbicaraan mahkamah.- Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved