Sinar Harian :: Suara Cakna Anda |
Posted: 02 Jul 2011 05:00 PM PDT Ah long silap sasaran
KUALA LUMPUR - Akibat tersalah sasaran, seorang peniaga kecil di Wangsa Maju trauma hampir setahun akibat gangguan ceti haram ah long. Low Nga Nge, 57, yang tinggal di Seksyen 2, Wangsa Maju berkata, rumahnya disembur cat hitam dan dibaling batu sedangkan tidak pernah meminjam wang daripada pihak berkenaan. Menurutnya, gangguan itu berlaku sejak Mac tahun lepas, yang terbaru 26 Jun lalu apabila rumahnya disembur cat dan diconteng dengan simbol '$' serta perkataan lucah. Tidak tahan dengan keadaan itu, Nga Nge membuat laporan polis pada hari sama selain mengadu kepada MCA Wangsa Maju untuk mengelakkan dirinya terus menjadi mangsa. "Gangguan ini benar-benar mengganggu kehidupan saya dan keluarga. Saya minta hentikan gangguan ini," katanya. Sementara itu, Pengerusi MCA Wangsa Maju, Datuk Yew Teong Look berkata, pihaknya berharap kumpulan ceti haram itu tidak lagi mengganggu Nga Nge kerana jelas mereka telah tersalah sasaran. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Polis reman sepasang kekasih bawa 2.3kg dadah Posted: 02 Jul 2011 05:00 PM PDT Polis reman sepasang kekasih bawa 2.3kg dadah
|
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.KUALA LUMPUR - Polis menemui dadah yang disyaki heroin bernilai RM115,000 daripada sepasang kekasih di Hentian Puduraya di sini, kelmarin. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, ACP Kang Chez Chiang berkata, dadah yang dijumpai seberat 2.3 kilogram dirampas daripada pasangan berkenaan yang disyaki pengedar dadah, sebaik mereka tiba dengan bas dari negeri di sebelah utara, kira-kira jam 8 malam. "Pemeriksaan ke atas mereka menemui lima bungkusan dadah dipercayai heroin dengan anggaran berat 2,300 gram di dalam beg galas yang dibawa oleh lelaki tersebut," katanya. Menurutnya, pasangan itu dipercayai mahu mengedarkan dadah itu di sekitar Lembah Klang. Beliau berkata, lelaki berkenaan berumur 25 tahun, bekerja sebagai pemasang penghawa dingin dan mempunyai tiga rekod jenayah dadah, manakala kekasihnya, 20, pula bekerja sebagai jurujual. Kang berkata, pasangan itu didapati positif dadah kini ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952.- Bernama |
You are subscribed to email updates from Sinar Harian :: Suara Cakna Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan