Ahad, 3 Julai 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Datuk rindu dua cucu

Posted: 02 Jul 2011 05:00 PM PDT

Datuk rindu dua cucu CHEMOR – Kerinduan seorang datuk kepada dua cucunya semakin memuncak selepas sebulan 'kehilangan' mereka setelah diambil semula oleh ibunya yang menghilangkan diri didakwa mengikut seorang lelaki beristeri dua.

Muhamad Fadzil Nordin, 60, berkata, pelbagai usaha dilakukan untuk menjejaki kedua cucunya itu termasuk menghubungi anaknya, Ros Mawati, 31, dan lelaki yang dikenali sebagai Ismawan, 31, tetapi usaha itu menemui jalan buntu.

Menurutnya, Ros Mawati sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga serta mempunyai dua cahaya mata, Arisa Balqis Amizuddin, 6, dan Arina Batrisha, setahun sebelum bercerai kira-kira setahun yang lalu.

"Perkenalan singkat dengan Ismawan menyebabkan tingkah laku anaknya sangat berbeza. Ismawan bertindak memperkenalkan dirinya sebelum melamar Ros (panggilan Ros Mawati) tidak lama kemudian.

"Dalam pada itu, dia menipu kami kononnya telah bercerai dan bercadang memperisterikan Ros secepat mungkin kerana mendakwa sibuk menguruskan perniagaan di Vietnam, Singapura dan Indonesia," katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, semalam.

Muhamad Fadzil berkata, dia dan isterinya, Azizah Gulap Din, 56, terkejut apabila Ismawan meminang sendirian tanpa membawa ahli keluarga dengan alasan ayahnya sakit.

"Kami percaya kata-katanya kemudian bersetuju menerima pinangan lelaki itu yang kami sangka jujur dan berbudi bahasa selain melihat kesungguhan Ros mencintai lelaki itu.

"Pada hari pernikahan, penipuan lelaki itu terbongkar apabila seorang wanita yang mendakwa isteri lelaki itu muncul dan mengamuk di surau, 5 Mac lalu," katanya.

Katanya, wanita itu menyatakan pernah berkahwin dengan bakal menantunya itu tetapi perkahwinan itu tidak didaftarkan dengan pejabat Agama Islam.

"Malu dengan kejadian itu, saya membatalkan majlis itu. Bagaimanapun, kenduri tetap diteruskan. Ismawan pula membuat laporan polis supaya kami memulangkan wang hantaran sejumlah RM5,000.

"Kami terpaksa menanggung malu selepas mengetahui lelaki terbabit turut mempunyai dua isteri lain sebelum ini," jelasnya.

Muhamad Fadzil turut menyifatkan Ros Mawati seperti terkena ubat pengasih, seolah-olah tidak boleh menerima keputusan keluarga menghalangnya dari berkahwin dengan kaki tipu itu.

"Kami menasihatkan dia supaya berfikir panjang demi masa depan dua anaknya yang masih kecil. Dia akhirnya bertindak keluar dari rumah dengan melarikan kedua-dua anak kecilnya pada 19 Mei lalu dengan menaiki kereta Proton Satria.

"Setelah beberapa hari tidak pulang rumah, kami terus membuat laporan polis. Lagipun, kami bimbang dengan Arina yang menghidap asma. Kami mahu mereka kembali ke pangkuan keluarga selain meneruskan tadika seperti biasa," katanya.

Menurut Muhamad Fadzil, laporan polis dibuat berhubung kejadian itu kerana bimbang keselamatan cucunya yang sehingga kini tiada sebarang berita.

Orang ramai yang mengenali dan melihat Ros serta kedua-dua cucunya itu segera menghubungi Balai Polis Tanah Hitam di talian 05-2012522 atau mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi keluarga Muhamad Fadzil di talian 05-2014742.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved