Ahad, 3 Julai 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Isyarat awal rakyat: Najib

Posted: 02 Jul 2011 05:00 PM PDT

Isyarat awal rakyat: Najib PASIR PUTEH – Kehadiran lebih 20,000 penduduk Pasir Puteh yang menyokong UMNO ke majlis perhimpunan Perdana Menteri bersama Rakyat menunjukkan isyarat mereka membantah perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) yang akan diadakan di Kuala Lumpur, 9 Julai ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, melihat kepada kehadiran rakyat yang menyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN) di negeri ini sudah ramai, tentu sokongan di negeri-negeri lain juga lebih ramai.

Beliau berkata, Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S Ambiga sepatutnya sedar bahawa ramai rakyat menentang perhimpunan haram tersebut dan menyokong dasar serta perjuangan BN.

"Ambiga jangan fikir dia kuat sangat kerana kita tidak akan tunduk kepada dia sama sekali, kita akan perjuangkan apa yang benar," katanya semasa berucap di Sekolah Kebangsaan Sri Aman di Kampung Tok Nik di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen; Timbalan Menteri Kewangan, Senator, Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman.

Najib yang juga Presiden UMNO berkata, jika matlamat perhimpunan haram itu untuk membetulkan sistem pilihan raya negara, kenapakah Pas masih boleh memerintah Kelantan selama 21 tahun.

Najib berkata, manakala melalui pilihan raya umum 2008, pembangkang berjaya menguasai lima negeri di Semenanjung iaitu Perak, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor.

Beliau berkata, keadaan itu menunjukkan demokrasi negara tidak sama seperti di negara Timur Tengah seperti Mesir, iaitu parti memerintah memenangi 95 peratus kerusi dalam pilihan raya dan memerintah selama 30 tahun.

"Keadaan di Malaysia berbeza daripada itu, di mana parti pemerintah hanya memenangi majoriti mudah dalam pilihan raya lalu dan pemimpinnya bertukar ganti.

"Manakala BN tidak akan menghantar penyokongnya di Pasir Puteh untuk bertembung dengan penyokong perhimpunan haram di ibu negara biarpun jumlah penyokong BN ramai,'' katanya.

Beliau berjanji BN akan membawa perubahan dalam aspek pembangunan jika rakyat Kelantan memberi mandat kepada BN.

Sementara itu, Najib turut menyambut baik penyertaan seramai 2,800 penyokong Pas yang beralih arah kepada UMNO, termasuk saudara Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu, Raja Abdullah Raja Mahmud, 57.

Perdana Menteri turut meminta Raja Abdullah naik ke pentas bagi hadirin mengenalinya, yang disambut dengan sorakan hadirin berserta laungan dan teriakan "Gelombang Merah", iaitu gelombang perubahan untuk rakyat, cetusan UMNO Kelantan.

Ketika ditemui, Raja Abdullah berkata, beliau sudah serik ditipu kepimpinan Pas kerana tidak pernah tetap pendirian dalam perjuangan parti.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved