Selasa, 2 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Khabar angin ibarat jenaka

Posted: 01 Aug 2011 05:00 PM PDT

Khabar angin ibarat jenaka KOTA BHARU – Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan khabar angin me-ngaitkan beliau dalam perbincangan rahsia untuk menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai 'lawak jenaka'

Mursidul Am Pas itu, menasihatkan individu menyebarkan isu berkenaan supaya menulis perkara betul kerana semua itu akan dihisab di akhirat.

"Lawak jenaka!", itulah yang boleh saya sifatkan khabar angin terbabit. Apa yang peliknya, ada akhbar yang boleh membuat cerita cadangan itu timbul kerana dijangka Anwar akan ke penjara eko-ran kes liwatnya yang sedang dibicarakan," katanya dipetik dalam laman Facebook beliau, semalam.

Sebelum ini, sebuah akhbar melaporkan kenyataaan pemimpin pertubuhan bukan kerajaaan (NGO) meminta Nik Abdul Aziz memberi penjelasan terhadap pertemuan sulit yang didakwa dibuat tanpa pengetahuan Anwar.

Isu itu timbul, apabila Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hasyim mendedahkan pembangkang mempelawa bekas Menteri Kewangan itu, untuk menjadi Ketua Pembangkang, sekiranya Anwar disabitkan kesalahan di mahkamah.

Nik Abdul Aziz turut mempertikaikan sama ada keputusan mahkamah di negara ini, boleh dijangka atau sememangnya keputusan tersebut sudah bocor, berikutan timbulnya isu calon pengganti Penasihat Pakatan Rakyat (PR) itu.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, menyifatkan isu wakil Pas berjumpa Tengku Razaliegh untuk menawarkan jawatan Ketua Pembangkang itu sebagai spekulasi.

"PR tidak pernah mengadakan perbincangan. Bagi saya ia tidak berbangkit dan lebih kepada spekulasi.

"Berdasarkan akhbar ia mulai didedahkan Zahrain sebelum dikomen pihak-pihak lain. Jika benar, beliau perlu buktikan," katanya.

Ketika ditanya mengenai kelayakan Tengku Razaleigh, Mohd Amar, yang juga Exco Kerajaan Kelantan berkata, sejarah membuktikan pemimpin veteran itu dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam, adalah dua tokoh yang disebut menjadi calon Perdana Menteri.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

500 pekerja mahu TPM campur tangan

Posted: 01 Aug 2011 05:00 PM PDT

500 pekerja mahu TPM campur tangan KUALA LUMPUR -Kesatuan Pekerja-pekerja Dawama Sdn Bhd, mohon Timbalan Perdana Menteri (TPM), Tan Sri Muhyiddin Yassin campur tangan untuk menyelesaikan kemelut hampir 500 pekerjanya yang diberikan notis cuti tanpa gaji berkuat kuasa semalam.

Presidennya, Zainal Awit berkata, dengan campur tangan TPM, kemelut dihadapi dapat diselesaikan segera.

Menurutnya, mereka terkilan kerana kebanyakannya telah lama berkhidmat de-ngan Dawama.

"Sewajarnya pihak pengurusan mengadakan perbincangan dengan kami sebelum mengambil tindakan.

"Kini, kami tidak dibenarkan bekerja dan hilang punca pendapatan. Bagaimana keluarga kami berhadapan de-ngan Ramadan dan Aidilfitri nanti," katanya.

Sebelum itu, beliau me-ngetuai lebih 100 pekerja, mengadakan bantahan terhadap tindakan itu di ibu pejabat Dawama Hulu Klang.

Difahamkan, notis itu diberikan kepada pekerja atas alasan Dawama sedang menghadapi masalah kewangan untuk membiayai operasi harian termasuk bayaran gaji.

"Pihak pengurusan mendakwa mengalami masalah kewangan setelah sembilan tahun beroperasi. Dawama memperoleh tender kerajaan jutaan ringgit.

"Kami berharap pihak berwajib menyiasat perkara ini dan konsesi ini ditamatkan dengan segera supaya DBP boleh mengambil alih operasi," katanya.

Zainal berkata, sebelum ini, pihaknya telah tiga kali menghantar memorandum kepada Muhyiddin.

Tinjauan Sinar Harian mendapati pintu utama pejabat itu ditutup dan tiada operasi dijalankan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved