SH |
Posted: 01 Aug 2011 05:00 PM PDT Usah 'recycle' juadah
KUALA TERENGGANU – Kerajaan Negeri tidak akan berkompromi terhadap peniaga bazar Ramadan yang tidak mematuhi piawaian ditetapkan, terutama aspek kebersihan.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, peniaga yang menjual makanan yang berlebihan keesokan harinya bakal berhadapan dengan tindakan digantung lesen niaga. "Peniaga ini tidak akan diberi muka, malah kerajaan akan mengambil tindakan tegas ke atas mereka supaya ia tidak berulang dan berlaku kepada peniaga-peniaga lain. "Langkah tegas ini perlu diambil untuk memastikan pelanggan atau pengunjung bazar Ramadan dapat menikmati makanan yang bersih serta masih elok," katanya kepada pihak media selepas mengagihkan 500 helai apron kepada peniaga di Bazar Ramadan Dataran Shah Bandar, di sini semalam. Sementara itu, beliau turut melahirkan rasa kecewa kepada peniaga yang tidak memakai apron ketika berniaga sedangkan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengagihkan apron setiap tahun. "Sepatutnya peniaga perlu memakai apron sebagai langkah menjaga kebersihan dan jangan pula memakainya dengan cara tidak betul seperti yang berlaku dalam kalangan segelintir peniaga di sini," katanya. Sementara itu, beberapa kakitangan daripada jabatan kesihatan di daerah ini yang turut turun padang melakukan pemeriksaan kebersihan ke atas 306 gerai di bazar berkenaan. Turut hadir, Datuk Bandar Kuala Terengganu, Datuk Adzlan Mohd Dagang dan beberapa kakitangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT). Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan