SH |
Posted: 01 Aug 2011 05:00 PM PDT Nahas pertama Ramadan
ALOR JANGGUS - Seorang warga emas maut di tempat kejadian setelah motosikalnya bergesel dengan sebuah lori treler di Jalan Alor Janggus, Alor Setar-Kangar, berdekatan Masjid al-Mahmudi Kampung Padang Lalang, tengah hari semalam.
|
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Mangsa, Yahya Hamid, 66, dari Kampung Padang Keria, Sanglang, Perlis ketika itu membonceng motosikal yang ditunggang abang iparnya, Omar Mahmud, 69, dalam perjalanan dari Alor Setar. Pegawai Penyiasat, Sukma Nengret Johar berkata, Omar yang cedera parah di bahagian kaki dan tangan ditempatkan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pemantauan rapi. "Kejadian berlaku sekitar 12.20 tengah hari. Berdasarkan keterangan saksi, lori terbabit dipercayai cuba memotong kenderaan di hadapannya tetapi tersasar dan bertembung dengan motosikal mangsa yang ketika itu dari arah Alor Setar," katanya, ketika ditemui di tempat kejadian. Menurutnya, motosikal mangsa tersangkut pada tayar bahagian tengah lori, menyebabkan kedua-dua mangsa tercampak lebih 10 meter setelah motosikal diseret lori berkenaan. "Yahya meninggal dunia serta merta manakala Omar cedera parah," katanya. Sukma berkata, pemandu lori berusia 24 tahun ditahan untuk siasatan. "Seorang kelindan lori turut bersama ketika itu. Bagaimana pun lori muatan padi itu kosong ketika kejadian," katanya. Kes disiasat bawah Seksyen 41 (1) Akta Jabatan Pengangkutan Jalan 1987. Sukma berkata, dipercayai ini adalah kemalangan maut pertama di daerah ini dalam bulan Ramadan. |

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan