SH |
Caj kad pra bayar tidak patut: Pelindung Posted: 09 Sep 2011 05:00 PM PDT Caj kad pra bayar tidak patut: Pelindung
KOTA BHARU – Tidak patut dan membebankan. Rata-rata itu reaksi pengguna perkhidmatan prabayar dan juga pertubuhan bukan kerajaan terhadap caj perkhidmatan enam peratus bagi pembelian tambah nilai prabayar dan pek permulaan kad Sim mulai Khamis ini.
Presiden Persatuan Pelindung Pengguna Kelantan (Pelindung), Ahmad Othman berkata, langkah kerajaan membenarkan syarikat telekomunikasi (Telco) mengenakan caj perkhidmatan itu membebankan pengguna terutamanya golongan miskin. "Tidak patut caj enam peratus itu dikenakan kerana kebanyakan pengguna prabayar adalah pelajar, buruh, mereka yang bekerja sendiri dan berpendapatan tidak tetap seperti bekerja kampung. "Pelaksanaan ini langkah tidak bertimbang rasa dan ia bukan langkah terbaik memandangkan pilihan raya umum semakin hampir membuatkan rakyat nampak kerajaan semakin menindas," katanya. Beliau berkata demikian ketika mengulas keputusan Telco menguatkuasakan caj perkhidmatan itu terhadap pengguna prabayar dan juga pek permulaan kad Sim mulai 15 September ini yang dilihat membebankan golongan berpendapatan rendah. Mengakui turut menerima rungutan daripada pengguna di negeri ini, beliau juga memberikan reaksi sama tidak bersetuju dengan langkah kerajaan itu memandangkan masyarakat baru menyambut Aidilfitri dan langkah itu memberi tekanan baru kepada rakyat. Menurutnya, kini bukan masanya kerajaan membuat keputusan itu kerana masyarakat berpendapatan rendah dan sederhana paling terbeban dengan pelaksanaan caj enam peratus berkenaan yang dilakukan tergesa-gesa. Seorang pelajar Nazrul Asyraf, 21 berkata, caj itu tidak patut bebankan pengguna yang sekian lama menggunakan perkhidmatan prabayar. Jika caj enam peratus setiap pek tambah nilai RM10.60 dan hanya dapat guna berapa sen sahaja. |
Posted: 09 Sep 2011 05:00 PM PDT Caj kad pra bayar tidak patut: Pelindung

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan