SH |
Posted: 28 Aug 2011 05:00 PM PDT Pemanggil bom palsu ditahan KUALA TERENGGANU - Bahana terlalu mengikut perasaan dengan membuat panggilan palsu hingga menyusahkan orang lain, seorang lelaki bakal beraya di dalam lokap. Ia susulan kejayaan polis menahan seorang lelaki di Batu 9, Cheras, Kuala Lumpur yang dipercayai suspek yang membuat panggilan bom palsu di bangunan Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu pada 24 Ogos lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, suspek berusia 47 tahun itu ditangkap pada 25 Ogos lalu bagi menyelesaikan satu kes lain. Bagaimanapun katanya, hasil siasatan mendapati, nombor telefon bimbit yang digunakan suspek adalah sama dengan panggilan palsu yang dibuat. "Suspek yang bekerja dengan sebuah syarikat petroleum ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras berikutan kes mengugut isterinya dengan menggunakan telefon bimbit. "Dia akan dibawa ke Terengganu hari ini (semalam) untuk siasatan lanjut dan akan direman selama lima hari, sehingga 2 September ini," katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di sini, semalam. Katanya, kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 28 Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 kerana menyebarkan maklumat palsu. Sinar Harian pada 24 Ogos lalu menyiarkan mengenai panggilan ancaman bom di Bangunan Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu. Akibat daripada itu, polis terpaksa mengosongkan Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu selepas menerima panggilan mengatakan terdapat bom diletakkan di tingkat sembilan yang menempatkan kamar Mahkamah Tinggi. |

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan