SH |
Ahli politik terima peluru hidup Posted: 13 Sep 2011 05:00 PM PDT Ahli politik terima peluru hidup
DUNGUN - Kegembiraan seorang ahli politik berpangkat Datuk meraikan tetamu dalam satu majlis Aidilfitri di perkarangan pejabat pihak berkuasa tempatan (PBT) bertukar cemas apabila menerima panggilan telefon daripada isterinya memaklumkan penemuan sebutir peluru hidup dalam peti surat rumahnya.
Mengesahkan kejadian terbabit, Datuk Maat Ismail yang juga Naib Pengerusi Penyelaras Umno Dun Sura ketika dihubungi memberitahu, ketika kejadian, dia sedang berada di pekarangan pejabat Majlis Perbandaran Dungun (MPD) untuk menghadiri satu majlis Aidilfitri anjuran PBT itu. Beliau berkata, kejadian kira-kira jam 11 pagi itu disedari seorang tukang kebun rumahnya yang melihat satu sampul surat mencurigakan ketika membuka peti surat rumahnya di Jalan Nibong Stesen, Bukit Chatak Tengah. Menurut Maat, sebaik membuka sampul surat terbabit, tukang kebunnya terkejut apabila mendapati sebutir peluru dipercayai peluru pistol dalam sampul surat berkenaan sebelum memaklumkan kepada majikannya, Datin Teh yang juga isteri Maat. "Ketika menghadiri majlis raya di MPD, saya terima panggilan telefon daripada isteri kira-kira jam 11 pagi memaklumkan penemuan peluru itu. "Saya kemudiannya bergegas pulang, sebaik sampai di rumah saya memeriksa sekali lagi sampul surat berkenaan dan mendapati sebutir peluru dipercayai peluru pistol dalam sampul surat itu," kata Maat yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bukit Chatak Tengah. Maat, seorang ahli perniagaan yang baru menerima gelaran Datuk beberapa bulan lalu itu kemudiannya membuat satu laporan di Balai Polis Dungun jam 12.55 tenga hari. Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan menerima laporan daripada lelaki itu dan pihaknya sedang melakukan siasatan berkaitan kes terbabit. |
Posted: 13 Sep 2011 05:00 PM PDT Ahli politik terima peluru hidup

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan