SH |
Suami isteri parah dirempuh kereta Posted: 13 Sep 2011 05:00 PM PDT Suami isteri parah dirempuh kereta
KOTA BHARU-Nasib malang bagi pasangan suami isteri apabila cedera parah selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuah kereta disyaki membawa barangan seludup ketika cuba melarikan diri daripada pihak berkuasa di Kampung Chabang Empat, Tok Mek Ngah, di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, pasangan terbabit, Rozali Mamat, 37, yang juga orang kurang upaya (OKU) dan isterinya Esah Jusoh, 42, masing-masing menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II selepas mengalami kecederaan parah di kepala, bahu, tangan dan betis. Esah berkata, ketika kejadian dia ternampak kereta terbabit dalam keadaan laju dan terdapat sebuah lagi kenderaan mengekorinya menyebabkan pemandu itu keluar dari simpang secara tiba-tiba dan merempuh motosikalnya. Katanya, kejadian berlaku apabila dia bersama suaminya yang bekerja buruh dalam perjalanan dari arah Pasir Mas ke Tumpat untuk membeli nasi bungkus sebelum menghantar Rozali ke tempat kerja. "Hari ini hari pertama suami saya bekerja selepas dua minggu demam dan saya tidak menyangka kejadian ini berlaku dalam sekelip mata. "Pagi tadi saya keluar dari rumah kira-kira jam 7.30 pagi, selepas menghantar dua anak ke sekolah dan kemudiannya menghantar suami saya pula ke tempat kerja," katanya ketika ditemui di HRPZ II semalam. Katanya, sebaik tiba di tempat kejadian, motosikal jenis Honda EX5 yang ditunggangi suaminya telah dirempuh sebuah kereta berwarna merah dalam keadaan laju yang keluar dari simpang secara tiba-tiba. "Saya dan suami masing-masing tercampak ke jalan raya dan pada masa sama, saya turut digilis sebuah motosikal yang ditunggangi pelajar dalam perjalanan ke sekolah. "Saya sempat meraung meminta tolong selepas melihat beberapa motosikal yang cuba melanggar saya dan ketika itu saya masih terbaring di jalan," katanya. Esah berkata, ketika itu, dia melihat suaminya tidak sedarkan diri dan orang ramai yang melihat kejadian itu kemudian memberi bantuan kepadanya. Katanya, dia dan suaminya kemudian dikejarkan ke Hospital Tumpat sebelum dirujuk ke HRPZ II untuk menerima rawatan. Kakak Rozali, Rokiah Mamat, 49, berkata, setakat ini adiknya masih belum membuat laporan dan polis dan akan dilakukan dalam masa terdekat. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Khalid Munap ketika dihubungi mengesahkan, pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu. |
Posted: 13 Sep 2011 05:00 PM PDT Suami isteri parah dirempuh kereta

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan