SH |
Kualiti udara di Pulau Pinang terus merosot Posted: 13 Sep 2011 05:00 PM PDT Kualiti udara di Pulau Pinang terus merosot
GEORGETOWN - Beberapa kawasan di sekitar Pulau Pinang masih lagi dilanda jerebu tahap sederhana dengan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) sekitar 65 hingga 81, semalam.
Menurut laporan laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) semalam, bacaan IPU untuk kawasan Seberang Jaya mencatat peningkatan kepada 79 pada 11 pagi, berbanding 64 pada tempoh masa sama, kelmarin Di kawasan Universiti Sains Malaysia (USM) IPU mencatatkan peningkatan mencatatkan 75 berbanding 56. Sementara itu, di kawasan Perai walaupun berada di tahap sederhana, kualiti udara terus merosot iaitu 65 pada 11 pagi, berbanding 54 pada 11 pagi, kelmarin. Berbanding, bacaan IPU sekitar jam 7 pagi semalam mencatatkan kualiti udara menghampiri tahap tidak sihat iaitu kawasan Seberang Jaya (81), USM (76) dan Perai (66). Kualiti udara berubah dari semasa ke semasa mengikut keadaan cuaca. Bacaan IPU pada tahap antara 0 dan 50 adalah baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan melebihi 301 berbahaya. Sementara itu, Exco Kesihatan, Kebajikan dan Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh berkata, orang ramai perlu mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengurangkan aktiviti luar dan mengelak melakukan pembakaran secara terbuka. Beliau berkata, pihak berkuasa sedang melakukan pemantauan bagi memastikan tiada pihak melakukan pembakaran terbuka dan industri tidak mengeluarkan asap berlebihan. |
Posted: 13 Sep 2011 05:00 PM PDT Kualiti udara di Pulau Pinang terus merosot

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan